• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tuntutan Baki Gaji Bernhardt Selesai – Hamidin

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu tuntutan baki gaji melibatkan bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22), Frank Bernhardt dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selesai menerusi satu pertemuan tertutup di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata isu berkenaan berjaya diselesaikan selepas jurulatih kelahiran Jerman itu mengadakan pertemuan dengan beliau hari ini.

Beliau memaklumkan badan induk itu enggan mengulas isu berkenaan sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu proses rundingan dan perbincangan dengan Bernhardt.

“Penyelesaian dan keputusan dibuat hari ini, turut telah mendapat perkenan Presiden FAM Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang gembira kerana isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi,” jelas Hamidin menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook FAM.

FAM melantik Bernhardt menerusi kontrak dua tahun pada 2015 untuk mengendalikan skuad B-22 negara bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini, namun ditamatkan khidmatnya selepas Tunku Ismail menang tanpa bertanding kerusi Presiden FAM pada Kongres Tahunan badan induk itu, 25 Mac lepas.

Tunku Ismail turut mengumumkan Datuk Ong Kim Swee yang sebelum ini mengendalikan skuad kebangsaan, dilantik sebagai jurulatih skuad B-22 negara manakala Nelo Vingada dari Portugal dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baharu. – BERNAMA

Tags: Bernhardt
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bernhardt Senarai 23 Pemain Ke Piala Dubai 2017

16/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Frank Bernhardt menyenaraikan 23 pemain yang akan menggalas cabaran di...

Bernhardt Pilih Lapan Muka Baharu Untuk Sesi Latihan Pusat

13/01/2017
0

KUALA LUMPUR - Lapan muka baharu adalah antara 27 pemain yang dipanggil untuk latihan pusat skuad bawah 22 tahun (B-22)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd