• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa, Isteri Dipanggil Beri Keterangan Kepada SPRM

oleh AK-47
21/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad dan isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid tiba di perkarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 9.40 pagi tadi.

Kedua-dua mereka dipangil untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya itu untuk membantu siasasatan terhadap FGV.

Kemelut dalam FGTV bermula apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad bercuti berkuatkuasa serta merta pada 6 Jun lalu.

Selain Zakaria, tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV turut menerima arahan yang sama iaitu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Berikutan kemelut itu, kerajaan kemudiannya melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala sebagai orang tengah untuk meneliti isu dalaman syarikat itu.

Tidak lama selepas itu, Isa kemuduannya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan dalam FGV atas alasan peribadi.

Sehubungan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku pengerusi FGV baharu berkuat kuasa serta-merta.

Bagi menghargai Isa, beliau dilantik sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), juga berkuat kuasa serta-merta. – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: FGVSPRMTan Sri Isa Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd