• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henna ‘Dreamcatcher’ Dilarang Untuk Umat Islam

oleh Ahmad Albab
15/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita Islam yang gemar berhias dengan lukisan henna atau inai perlu berhati-hati memilih corak sesuai kerana terdapat ukiran melambangkan kepercayaan agama lain boleh merosakkan akidah seperti ‘Dreamcatcher’.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ukiran yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain, perlu dielakkan.

“Umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain…sebagai contoh, memakai rantai berbentuk salib,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, Mohamad Shukri berkata larangan itu diputuskan secara umum berdasarkan hukum syarak iaitu umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain.

Katanya umat Islam perlu mematuhi garis panduan penggunaan henna yang dibenarkan syarak iaitu menggunakan jenis yang serap air, tidak membatalkan wuduk dan bukan daripada bahan najis.

Dreamcatcher yang merupakan perhiasan kayu berbentuk lingkaran bulatan yang dihiasi jaring dan bulu-bulu burung, digunakan penduduk pribumi Amerika (American Indians) bagi melindungi seseorang daripada mengalami mimpi buruk ketika tidur.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di ibu negara mendapati ramai pelukis henna yang menawarkan lukisan berbentuk Dreamcatcher.

Menurut seorang penggemar henna yang mahu dikenali sebagai Mira, 24, beliau terkejut apabila dimaklumkan pelukis henna di sebuah pasar malam di Shah Alam, Selangor bahawa gerainya pernah dikunjungi pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan memaklumkan henna bercorak Dreamcatcher adalah tidak dibenarkan.

“Mujur saya tidak terjebak untuk melukisnya pada tangan saya pada ketika itu kerana saya lihat ramai rakan yang telah berhias dengan reka bentuk tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Berinaihenna
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Merana Parut Kekal Kerana Inai Hitam

28/08/2017
0

GARA-GARA inai henna, kanak kanak perempuan dari United Kingdom terpaksa menahan sakit kerana inai tersebut telah mengelembung dan membuat ianya...

Meriah Majlis Malam Berinai Bakal Isteri Sharnaaz Ahmad

31/03/2017
0

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan pilihan hatinya, Noor Nabila yang bakal diijabkabulkan pada malam ini. Malam semalam telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd