• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hawk 108: Kampung Yak Yah, Tumpuan Operasi Pencarian

oleh Ahmad Albab
17/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Satu lokasi kira-kira dua kilometer dari tempat dua mayat juruterbang pesawat Hawk 108 ditemukan di Jalan Chukai-Ibok berdekatan Kampung Yak Yah pada 2.30 petang semalam, menjadi tumpuan orang ramai.

Menurut sumber, lokasi tersebut dipercayai adalah kawasan di mana pesawat malang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu terhempas yang hingga kini masih belum lagi dijumpai.

Meskipun keadaan cuaca panas dan ada yang sedang menjalani ibadah puasa, ia tidak menghalang mereka untuk berada di lokasi kejadian hari ini.

Kelihatan juga beberapa pegawai TUDM dari Kuantan berada di lokasi dan memasang garisan kuning sepanjang 200 meter bagi menghalang orang ramai dari memasuki kawasan kejadian.

Turut ‘berkampung’ sekumpulan wartawan daripada pelbagai agensi media termasuk Bernama, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian, New Straits Times dan TV AlHijrah.

Seorang penduduk kampung, Azman Samad, 47, berkata situasi sedemikian jarang berlaku sebelum ini memandangkan ia adalah kawasan berpaya dan tidak mempunyai apa-apa daya tarikan.

“Tetapi kawasan ini memang laluan biasa pesawat-pesawat TUDM membuat latihan. Jadi kami memang biasa mendengar bunyi pesawat terbang di kawasan ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun Azman yang merupakan pengawal keselamatan berkata pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam ketika berada di rumahnya beliau mendengar satu letupan kuat di udara.

“Sebelum itu saya memang ada mendengar bunyi pesawat lalu di kawasan ini tetapi tidak lama kemudian saya terdengar bunyi letupan kuat di udara tetapi selepas itu keadaan terus senyap dan sunyi, tiada bunyi letupan lain.

“Saya sangka TUDM sedang melakukan latihan dan menyangka letupan itu tanda latihan tersebut telah berakhir,” katanya yang tinggal di kampung itu sejak sembilan tahun lepas.

Azman kemudian mendapat tahu berita kehilangan pesawat tersebut menerusi media sosial Facebook dan tidak lama selepas itu dalam pukul 2.30 petang beliau mendengar siren polis, ambulans dan helikopter berlegar-legar kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

“Saya pun bergegas ke tempat kejadian dan melihat kawasan ini telah dipenuhi dengan anggota keselamatan terdiri daripada anggota TUDM, polis dan paramedik.

“Saya mendapat tahu kemudian kedua-dua juruterbang disahkan ditemukan di kawasan berpaya dalam keadaan memakai payung terjun tetapi disahkan meninggal dunia dan di bawa ke hospital menggunakan helikopter,” katanya.

Tinjauan Bernama juga mendapati helikopter TUDM berlegar-legar di kawasan ini sejak pukul 10 pagi tadi, namun berhenti beberapa jam sebelum terbang semula pada pukul 1 tengah hari.

Para wartawan dan jurugambar yang berada berhampiran lokasi berkenaan tidak dibenarkan masuk ke dalam hutan paya bakau berkenaan atas faktor keselamatan.

Semalam sebuah pesawat pejuang Hawk 108 TUDM yang terputus hubungan dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan terhempas dan mengorbankan dua juruterbangnya.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan sebelum menemukan dua mayat juruterbang dalam hutan paya bakau Kampung Yak Yah kira-kira pukul 2.30 petang.

Bagaimanapun, sehingga pukul 1 tengah hari ini, pihak berkuasa dan TUDM masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan bangkai pesawat berkenaan. – BERNAMA

Tags: Nahas PesawatTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd