• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Khalid Ali Bertemu TMJ Mungkin Tercapai

oleh Ahmad Albab
29/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Hasrat legenda bola sepak negara, Khalid Ali untuk bertemu presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin menjadi kenyataan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jika bekas pemain era 80-an itu ikhlas untuk menyumbangkan idea berkaitan bola sepak negara, tiada sebarang masalah untuk mengadakan pertemuan tersebut.

Hamidin berkata Khalid yang merupakan watak utama dalam kejayaan pasukan negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 mungkin mempunyai pandangan yang berguna dan tidak menolak kemungkinan akan wujudnya satu impak positif hasil daripada pertemuan tersebut.

“Saya rasa mungkin ada impak yang positif yang akan terhasil jika diadakan pertemuan itu. Jika hasrat Khalid itu ikhlas untuk membantu memberikan idea bagi memajukan lagi bola sepak negara, saya rasa tiada isu yang perlu kita khuatirkan,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama warga bola sepak tanah air di kediamannya di sini, hari ini.

Hamidin seterusnya menjelaskan Khalid tidak perlu menunggu maklum balas daripada TMJ, sebaliknya boleh menghubungi beliau dan menyerahkan hal berkaitan pengaturan pertemuan itu kepadanya.

“Hubungi saja saya ataupun pegawai khas TMJ….saya sendiri akan sampaikan kepada TMJ dan mengaturkan segala perkara berkaitan pertemuan itu nanti,” tambahnya.

Rabu lepas Khalid yang dihubungi Bernama menyatakan hasrat untuk bertemu TMJ bagi memberi sokongan kepada baginda dalam memajukan bola sepak negara susulan kekalahan 1-2 Harimau Malaya kepada Lubnan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 pada 14 Jun yang menyaksikan TMJ dihujani kritikan berikutan kekecewaan itu.

Khalid turut mengulas gesaan yang dibuat Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Tun Aminah yang mahu TMJ meninggalkan FAM dan pulang semula bagi mengendali pasukan JDT sebagai tindakan yang mampu memusnahkan jutaan harapan peminat tempatan untuk melihat pembaharuan yang ingin dibawa TMJ.

Khalid bercadang bertemu Tunku Ismail bersama bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal dan pengendali pasukan Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan serta beberapa legenda bola sepak negara. – BERNAMA

Tags: Khalid AliTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd