• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Tapis Calon PRU14 Di SPRM Serah Kepada PM

oleh AK-47
20/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) telah menghantar senarai nama calon yang berpotensi bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden parti Datuk Seri Mah Siew Keong berkata kesemua 45 nama calon yang merupakan gabungan muka baharu dan diberikan kepada SPRM untuk disemak bagi memastikan mereka tiada rekod dan bebas rasuah.

“Semasa 2013 kita telah bertanding di 45 kerusi dan disebabkan itu kami telah menghantar senarai nama calon ini kepada SPRM sejak sebulan yang lepas bagi memastikan calon kita mempunyai rekod bersih dan semua calon sedar bahawa sesiapa yang mempunyai rekod buruk tidak berpeluang bertanding pada PRU akan datang.

“Bagaimanapun sehingga kini kami masih menunggu keputusan daripada SPRM sebelum senarai penuh dihantar kepada Dewan Tertinggi BN untuk dimuktamadkan,” katanya selepas menghadiri Bengkel Media Sosial untuk penyediaan PRU14 di Menara PGRM hari ini.

Bagi persiapan PRU14, Mah berkata parti itu berharap dapat memainkan peranan lebih besar dalam menguatkan jenteranya untuk melawan penyebaran berita palsu yang mungkin disebarkan melalui media digital.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, lebih 80 peserta yang terdiri daripada penyelaras, calon berpotensi dan pemimpin parti telah mengikuti beberapa sesi latihan media sosial bagi mengkukuhkan lagi jaringan dengan pengundi melalui platform media baharu itu.

“Kita mengakui pada PRU terdahulu semua calon kita telah bekerja keras namun disebabkan kekurangan publisiti dan interaksi melalui media sosial, menyebabkan kita kurang perform.

Dalam pada itu, Mah yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) baharu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Tan Sri Isa Samad.

Beliau berkata pelantikan itu akan memberi peluang FGV untuk kembali fokus dalam mengukuhkan eksport kelapa sawit negara ke seluruh dunia.

“Kita lega isu dalaman FGV telah berakhir kerana sebagai syarikat perladangan terbesar negara, kita mahu FGV membantu meningkatkan produktiviti minyak kelapa sawit dan memastikan ia dapat dieksport dan diterima oleh semua negara.

“Ketika ini pasaran terbesar kita adalah di Eropah di mana tahun lepas sahaja kita mengeksport RM100 bilion minyak kelapa sawit dan produk kelapa sawit. Sebagai trend setter kita berharap eksport di Eropah ini akan berkembang ke negara lain pula,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew KeongSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd