• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Persoal Keperluan Tubuh CMI Sama Fungsi SSI

oleh AK-47
20/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari mempersoalkan keperluan kerajaan negeri pimpinan DAP menubuhkan Ketua Menteri Diperbadankan (CMI) yang fungsinya sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Diperbadankan (SSI).

Pemangku Ketua Pemudanya Jason Loo berkata ini kerana kerajaan negeri sendiri mendedahkan Enakmen CMI dan Enakmen SSI secara keseluruhannya adalah sama kecuali dari segi pemegang kuasa.

“Kami mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan sama ada segala keputusan dalam CMI dibuat oleh seorang individu sahaja memandangkan kedua-dua undang-undang terbabit adalah sama kecuali kuasa diberi kepada orang berbeza,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sejak bulan lepas Gerakan Pulau Pinang mendakwa penjualan sebidang tanah di Peel Avenue oleh kerajaan negeri kepada sebuah hospital swasta pada harga RM156 juta merupakan keputusan satu individu.

Perkara itu dinafikan oleh Lim yang berkata CMI hanya melaksanakan penjualan tanah tersebut selepas mendapat kebenaran majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Semalam Lim dipetik berkata bahawa Enakmen CMI 2009 dan SSI adalah sama dari segi asas perundangan.

Loo bagaimanapun terus mendesak Lim mendedahkan kepada umum minit mesyuarat berhubung penjualan tanah itu bagi membuktikan keputusan tersebut bukan keputusan seorang individu sahaja. – BERNAMA

Tags: CMIJason LooSSI
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

04/12/2021
0

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif untuk pembangunan sosial membabitkan sokongan emosi...

Jason Lo Nafi Ditahan Di Dubai Kerana Dadah

12/11/2017
0

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Talk, Jason Lo menafikan laporan media bahawa beliau ditahan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd