• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV: SPRM Telah Rakam Percakapan 60 Saksi

oleh AK-47
21/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakamkan percakapan 60 orang saksi dalam siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) setakat ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata SPRM cuba menyelesaikan siasatan itu secepat mungkin agar kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan seterusnya dalam masa terdekat.

Dzulkifli juga menegaskan bahawa siasatan badan bebas itu tidak terikat dengan sebarang keputusan yang dilakukan oleh kerajaan mahupun FGV berhubung penstrukturan semula syarikat berkenaan.

“Siasatan SPRM bebas daripada arrangement (percaturan) kerajaan dan FGV. Kita tidak terikat. Siasatan dibuat mengikut bukti yang ada kerana kita bukan hanya menyiasat tentang Delima Oil Products (anak syarikat FGV) tetapi ada enam isu lain,” katanya.

Dzulkifli berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kerajaan Negeri Pahang yang diketuai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, semua exco kerajaan negeri dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Ditanya jika SPRM akan memanggil bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad bagi memberi keterangan, Dzulkifli meminta semua pihak bersabar menunggu perkembangan semasa siasatan SPRM.

Semalam, FGV mengumumkan pengunduran Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi syarikat berkuat kuasa serta-merta dan jawatan itu kini dipangku oleh Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob.

Sementara itu mengulas mengenai IBR, Dzulkifli merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Pahang yang sedia menandatangani ikrar itu sebagai negeri ke-9 yang bersetuju untuk menyokong usaha menangani rasuah oleh SPRM.

Katanya SPRM juga menerima permohonan yang amat menggalakkan daripada pelbagai agensi dan syarikat milik kerajaan untuk turut serta menandatangi IBR.

“Jika momentum ini dapat diteruskan, kita yakin dapat mencapai visi memastikan negara bebas daripada rasuah pada 2020 dan masyarakat pada waktu itu adalah mereka yang berani berkata tidak pada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadFGVSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd