• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enggan Jadi PM Gimik Politik Anwar – Tajuddin

oleh Ahmad Albab
21/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tindakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak jawatan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanya gimik politik untuk meraih sokongan peribadi.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semasa menegaskan perkara itu berkata pendekatan Anwar itu tidak akan berjaya memandangkan pembangkang ketika ini berdepan dengan perpecahan dalam kalangan mereka.

“Perpecahan itu ditambah dengan penolakan PAS terhadap ajakan Pakatan Harapan untuk menganggotai gabungan tersebut. Dulu DAP dan PKR kuat pun disebabkan sokongan PAS, sekarang berlaku sebaliknya. Saya nak tanya, kalau keadaan ini (perpecahan) berterusan adakah mereka akan menang?

“Kita tak perlu percaya kepada apa yang diperkatakan Anwar. Dia sebenarnya hanya nak tutup perpecahan yang berlaku dalam pembangkang dan mahu mereka fokus pada PRU14,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Aura Ramadan di sini, malam tadi.

Beberapa hari lalu, beberapa portal berita melaporkan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 2015 memutuskan untuk tidak menawarkan diri sebagai perdana menteri atas alasan mahu memberi tumpuan kepada PRU14.

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata Kolej Taj dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan bekerjasama bagi memberi peluang kepada pelajar luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke kolej tersebut.

“Setakat ini, kami sedang dalam proses terakhir untuk memuktamadkan kerjasama antara pentadbiran kolej dan NAFAS.

“Sekiranya berhasil, ia akan memberi peluang kepada anak petani, nelayan, peladang, penternak selain yang tinggal di luar bandar dapat melanjutkan pelajaran ke kolej ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimDatuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd