• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekspatriat Warga Filipina Sogok Pegawai Polis RM50

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang ekspatriat warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi suapan wang tunai RM50 kepada seorang pegawai polis, minggu lepas.

Quintero Anthony Van Remolacio, 38, jurutera rangkaian teknologi maklumat, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris.

Lelaki itu didakwa memberi suapan itu kepada Inspektor Rashi Akhbar Abd Rashid yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, sebagai dorongan untuk tidak menyamannya kerana tidak memberhentikan kenderaan semasa ditahan.

Anthony didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Persiaran Apec Cyberjaya, Sepang dekat sini, pada pukul 2.30 pagi, 10 Jun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Slamat Yahya membenarkan Anthony dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai ini untuk sebutan kes.

Beliau turut memerintahkan Anthony menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Hazirah Azeman sementara tertuduh diwakili peguam M. K. Thas. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Orang Asli Tetak Nenek Direman 7 Hari

Next Post

Jamal Tayang ‘Rantai Berlian’ Yang Disebut DoJ

Related Posts

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri yang berdepan pertuduhan menerima...

Next Post

Jamal Tayang ‘Rantai Berlian’ Yang Disebut DoJ

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd