• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DoJ Kitar Semula Dakwaan, Tiada Kes Terhadap 1MDB

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegagalan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat untuk memanggil mana-mana individu daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memberikan sebarang kenyataan berkaitan skandal yang didakwa itu sehingga kini membuktikan ia tidak mempunyai kes terhadap syarikat pembangunan strategik itu, kata Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari.

Beliau berkata dakwaan terbaru oleh DoJ merupakan satu lagi konspirasi pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

“Bukan lagi rahsia bahawa pembangkang mengusahakan siasatan oleh DoJ Amerika Syarikat terhadap 1MDB apabila mereka menghantar konco mereka untuk membuat laporan di Amerika Syarikat. Tanpa aduan itu, tidak akan ada penyiasatan ke atas 1MDB oleh DoJ.

“Malah pada ketika itu dan sehingga hari ini tiada sesiapa daripada 1MDB telah dipanggil oleh DoJ untuk memberikan keterangan, bukti atau disoal. Ini jelas menunjukkan DoJ tidak mempunyai kes terhadap 1MDB,” kata Vell Paari dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya beliau senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang yang meminta bantuan daripada kerajaan asing untuk menjatuhkan pemimpin negara ini yang dipilih secara demokrasi merupakan pengkhianat negara.

Vell Paari turut mempersoalkan kenapa DoJ hanya mengeluarkan versi saman sivil dikemas kini yang mengandungi banyak maklumat kitar semula, selepas hampir setahun saman sivil asal difailkan pada Julai 2016, dan berkata bahawa ia masih belum lagi didengar di mahkamah.

“Benar-benar mengejutkan bahawa Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terus membuat begitu banyak dakwaan yang tidak dibuktikan dalam saman sivil dikemas kini itu terhadap aset tertentu baru-baru ini.

“DoJ perlu menunjukkan keterangan dokumen untuk membuktikan dakwaan tidak berasas itu, jika tidak saman sivil itu hanya boleh diibaratkan “untuk menarik perhatian ramai” demi tujuan geopolitik,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terperdaya dan terpengaruh dengan dakwaan tidak dibuktikan itu yang tidak memberi manfaat kepada negara.

“Dalam semangat Negaraku, mari kita fokus untuk bekerja bersama-sama, untuk mencapai matlamat transformasi negara kita dan memastikan negara makmur untukl kebaikan dan faedah rakyat,” katanya.

Beliau berkata kejayaan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional telah terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2017, iatu kadar pertumbuhan tertinggi dalam kalangan rakan Malaysia.

Vell Paari berkata di bawah kepimpinan Presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda, kejayaan langkah rasionalisasi dan penyelesaian pertikaian 1MDB baru-baru ini dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi telah membolehkan 1MDB menyelesaikan majoriti cabarannya sebelum ini.

“Projek-projek penting dimulakan oleh 1MDB demi manfaat negara terus dilaksanakan, seperti pembangunan dan naik taraf lapan pangkalan tentera dan polis serta Tun Razak Exchange (TRX),” katanya.

Beliau juga berkata pada awal minggu ini, selepas beberapa bulan rundingan diadakan, TRX melaksanakan perjanjian dengan HSBC Bank, bank ketujuh terbesar dunia, yang telah bersetuju untuk membina ibu pejabat serantau di TRX. – BERNAMA

Tags: 1MDBDOJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd