• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dia Jurulatih Terbaik Pernah Bimbing Skuad Negara

oleh Ahmad Albab
14/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketegasan dalam menyemai rasa cinta terhadap sukan bola sepak merupakan antara rahsia utama yang digunakan bekas pengendali skuad bola sepak kebangsaan Karl Heinze-Weigang sewaktu merencanakan agendanya sebagai seorang jurulatih.

Kini kelibat individu yang bertanggungjawab ke atas kejayaan skuad bola sepak negara layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow itu tidak akan kelihatan lagi dalam arena bola sepak negara kerana beliau telah meninggal dunia di negara kelahirannya Jerman akibat serangan jantung semalam.

Pemergian Weigang, 82, sedikit sebanyak pasti dirasai peminat bola sepak Malaysia yang beliau pernah menabur bakti sekitar tahun 1979-1982.

“Dia adalah seorang jurulatih yang tegas tetapi kami sebagai pemain sewaktu itu tidak pernah membantah arahannya sebab percaya apa yang dia suruh akan menghasilkan sesuatu yang baik kepada pasukan.

“Segala arahan yang diberikannya sangat jelas dan ternyata beliau tahu apa yang beliau inginkan selain mempunyai azam yang tinggi untuk melihat pasukan bimbingannya menjadi sebuah pasukan yang berjaya,” kata legenda bola sepak negara era 80-an, Khalid Ali.

Khalid menyifatkan Weigang sebagai seorang jurulatih terbaik yang pernah membimbing skuad bola sepak negara.

“Saya amat menghormati beliau dan secara peribadi bagi saya, beliau adalah seorang jurulatih terbaik pasukan bola sepak yang negara pernah ada. Pemergian dia adalah satu berita yang sangat menyedihkan,” tambahnya.

Selepas tiga tahun menyumbang jasa kepada Harimau Malaya, beliau meneruskan minat terhadap tugas kejurulatihannya di beberapa buah negara Afrika selama 12 tahun sebelum dipancing skuad bola sepak Vietnam dan menghabiskan masa selama tiga tahun di sana.

Pada tahun 1997, Weigang kembali ke Malaysia apabila khidmatnya ditagih pasukan Perak yang melantiknya sebagai ketua jurulatih dan kehebatannya terbukti apabila berjaya membawa skuad ‘The Bos Gaurus’ menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1998 dan 2000.

Sebagai menghargai sumbangan dan jasa beliau terhadap terhadap pembangunan bola sepak dunia, Weigang dianugerahkan dengan Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Order of Merit pada tahun 1998.

Bagi seorang pemain skuad Olimpik Moscow, Bakri Ibni, walaupun sering bersikap tegas, namun Weigang tetap menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap anak buahnya.

“Satu berita yang sangat menyedihkan bagi arena bola sepak negara kerana beliau merupakan seorang jurulatih yang berpengalaman. Walaupun sering bersikap tegas tetapi beliau masih lagi disenangi para pemain dan tujuannya bersikap begitu hanya kerana demi kebaikkan kami,” ujar beliau.

Di penghujung hayatnya, Weigang sekali lagi diberi kepercayaan membimbing pasukan Perak selaku ketua jurulatih dan ketua pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), namun menamatkan kontraknya pada Februari tahun ini susulan prestasi tidak menentu skuad Perak. – BERNAMA

Tags: Karl Heinz Weigang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairy Ucap Takziah Atas Pemergian Weigang

14/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengucap takziah atas pemergian bekas jurulatih kebangsaan, Karl Heinz...

Weigang Meninggal Di Jerman Akibat Sakit Jantung

14/06/2017
0

PUTRAJAYA - Bekas pengendali skuad kebangsaan dan Perak, Karl Heinz Weigang dilaporkan meninggal dunia di negara kelahirannya, Jerman pagi Selasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd