• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Nik Azman Ketua Pengarah Baharu EPU

oleh Ahmad Albab
06/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Pengarah EPU yang baharu berkuat kuasa 7 Jun ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

“Saya percaya dengan pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki Nik Azman ia akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan dan mampu meneruskan misi EPU, JPM dalam menguruskan pembangunan sosio ekonomi negara secara strategik dan mampan,” katanya.

Nik Azman, 58, berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 34 tahun selepas menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983.

Nik Azman berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari University of Nebraska, Amerika Syarikat.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang analisis ekonomi dan pengurusan kewangan dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan dan Pengarah, Seksyen Ekonomi Wilayah, EPU.

Dalam pada itu, Ali berkata bagi pihak kerajaan, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff di atas segala sumbangan dan khidmat baktinya sepanjang menyandang jawatan Ketua Pengarah EPU selama lebih lima tahun. – BERNAMA

Tags: Ali Hamsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd