• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Sarawak Tunggu Sebelum Umum Calon PRK Pujut

oleh AK-47
16/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – DAP Sarawak membuat keputusan untuk tidak mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pujut kerana menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung perkara itu, esok.

Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen berkata beliau dimaklumkan pasukan peguam parti itu pagi ini bahawa hakim perbicaraan, Datuk Douglas Primus Sikayun, akan mengumumkan keputusannya pada 9 pagi esok.

“Demi menghormati proses mahkamah, kami akan tangguh dulu pengumuman mengenai calon,” katanya kepada pemberita di pejabat DAP Miri di sini hari ini.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar MahkamahTinggi Kuching pada 7 Jun bagi mencabar pemecatannya oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Pada 12 Mei, Dr Ting dilucut kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas satu usul dibentangkan di Dewan Undangan Negeri bagi melucut kelayakan beliau kerana didakwa mendapat taraf warganegara Australia pada 2012. – BERNAMA

Tags: Chong Chieng JenDAP Sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Bandar Kuching Pulih Dari COVID-19

24/03/2020
0

KUCHING - Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii yang disahkan positif COVID-19 pada 16 Mac lepas, mengumumkan beliau kini telah pulih...

Ahli Parlimen Bandar Kuching Positif Covid-19

17/03/2020
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen disahkan positif koronavirus (Covid-19) dan kini dikuarantin di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd