• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukup Hanya Calit – Wany Hasrita

oleh Ahmad Albab
24/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA penyanyi Wany Hasrita, baru sekarang dia mahu kelihatan cantik tak seperti sebelum ini.

Itulah perbezaan hidupnya jika dibandingkan ketika sebelum dikenali dahulu. Dia kini mula mengambil kisah soal tatarias dan dandanan diri.

“Betul… kalau dulu, saya tidak pernah ambil endah soal menatarias wajah dan lebih selesa dengan wajah ‘polos’. Kalau nak keluar, cukup hanya menyalit bedak padat jenama Baby Johnson, saya kira itu dandanan paling sempurna dah tu (ketawa).

“Tetapi sejak bergelar anak seni, saya mula mengambil berat soal ini dan mula ‘ringan mulut’ bertanya kepada jurusolek mengenai teknik-teknik solekan yang betul,” katanya kepada mStar Online.

Wany akui dia kini mulai ‘ringan mulut’ bertanya tips mekap dari jurusolek yang menyolek dirinya.

Tambah pelantun lagu Menahan Rindu ini lagi, wajahnya memerlukan solekan yang natural dan tidak boleh terlalu tebal kerana akan menampakkan air wajahnya yang garang.

“Kalau silap mekap, orang akan nampak saya garang dan sombong dan perkara ini diakui sendiri oleh jurusolek artis yang pernah menyolek saya,” ujarnya.

Dalam pada itu Wany atau Nurshazwany Hasrita Abdullah, 25, ini berkata, dek kerana minat barunya dalam seni tatarias, dia kini semakin kerap menjenguk kedai-kedai yang menjual peralatan mekap.

“Sekarang pantang nampak butik Sephora, saya dengan rasa teruja akan masuk. Kadang tak membeli pun. Dapat tengok alat mekap saya jadi seronok,” ujarnya ketawa kecil.

Ditanya berapa kos dia akan peruntukan untuk membeli barangan mekap dalam sebulan, kata Wany dia bernasib baik kerana bukan seorang yang boros.

Maksudnya saya hanya membeli barangan yang perlu sahaja kerana alatan mekap saya sentiasa lambat habis akibat jarang pakai. – mStar Online

Tags: penyanyiWany Hasnita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd