• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Kadar Denda Hilang Pasport RM200-RM1,000

oleh Ahmad Albab
29/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen bercadang mengenakan penalti antara RM200 dan RM1,000 bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian pemilik yang mencatatkan 31,287 kes pada enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata kerajaan sedang mempertimbang cadangan mengenakan penalti  terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan, sama seperti bayaran yang dikenakan bagi permohonan penggantian kad pengenalan diri,  ‘MyKad’, yang hilang.

Selama ini, Jabatan Imigresen tidak mengenakan penalti terhadap mereka yang kehilangan pasport.

“Peraturan perlu diubah dan cadangannya adalah jika hilang kali pertama dikenakan denda RM200, manakala hilang kali kedua denda RM500 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya ialah RM1,000.

“Ini bukan niat untuk menghukum tetapi untuk menjadikan masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap pasport yang dimiliki,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Januari lepas, Jabatan Imigresen telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, dan secara dasarnya sudah dipersetujui.

Mustafar berkata sikap cuai rakyat negara ini antara faktor jumlah pasport hilang agak tinggi walaupun ia merupakan barang berharga yang menghendaki pemiliknya menjaga dokumen itu dengan baik.

“Kes kehilangan pasport Malaysia ini dilihat mudah berlaku tak kira di dalam atau luar negara. Kehilangan disebabkan kecurian masih boleh diterima tapi kalau asyik hilang, ini tidak elok,” katanya sambil menambah ada individu yang melaporkan kehilangan pasport sehingga empat kali.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen, 31,287 pasport Malaysia dilaporkan hilang sejak awal tahun ini sehingga 2 Jun lepas, dengan 22,475 daripadanya atas alasan ‘tidak ingat di mana simpan’ manakala 2,858 pula dikatakan hilang semasa pindah rumah.

Antara sebab kehilangan pasport ialah tidak ingat tempat pasport disimpan, tertinggal dalam kenderaan awam, tercicir daripada beg atau poket, dicuri atau dirompak, hilang semasa kebakaran atau berpindah rumah dan hilang disebabkan bencana alam, katanya.

Mustafar berkata berdasarkan statistik terbaru itu, negeri Johor merekodkan jumlah kehilangan tertinggi dengan 5,734 pasport, diikuti Kuala Lumpur (4,399) dan  Selangor dengan 3,409 kes.

“Bagi luar negara, jumlah tertinggi adalah di Australia iaitu 43 pasport, diikuti  Singapura (41), Hong Kong (11) dan 10 di Perancis,  kebanyakannya akibat rompakan atau kecurian atau tercicir dari poket dan sebagainya,” katanya.

Beliau menggesa pemegang pasport supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak meletakkan dokumen itu di merata tempat dan membuat permohonan pasport baharu dengan alasan ia telah hilang.

Beliau menjelaskan pasport yang hilang dan dibatalkan namun ditemui semula tidak boleh digunakan bagi  mengelak ia disalah guna.

Pasport Malaysia, katanya, merupakan antara yang terbaik di dunia dan ini sekali gus mengurangkan cubaan memalsukan dokumen penting itu.

Dalam pada itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenakan penalti  RM100 bagi kehilangan kali pertama MyKad, manakala kehilangan kali kedua RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya ialah RM1,000. – BERNAMA

Tags: PASPORT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

06/11/2025
0

PASPORT MALAYSIA ANTARA TERKUAT DI DUNIA, TANGGA KETIGA RANKING 2025 Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pasport Malaysia kini...

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

23/10/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd