• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabul: Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber

oleh Ahmad Albab
10/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pemandu Uber cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubong, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata tiga lelaki berusia 29 hingga 40 tahun termasuk suami kepada wanita Vietnam itu ditahan secara berasingan sekitar Paya Terubong dan Air Itam, semalam.

“Selain itu pemandu Uber berusia 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan, mereka semua direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Katanya pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian itu iaitu masing-masing daripada wanita Vietnam yang mendakwa dicabul sementara pemandu Uber yang dipukul menafikan dia mencabul pelanggannya.

Anuar berkata susulan penahan mereka, polis turut merampas beberapa buah telefon bimbit daripada pemandu Uber dan suami kepada wanita Vietnam itu untuk siasatan.

“Pemandu Uber itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul manakala tiga lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zainol Samah ketika dihubungi Bernama berkata polis turut menahan wanita Vietnam berusia 43 tahun itu hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan dan merampas telefon bimbitnya yang didakwa merakam kejadian cabul tersebut.

Katanya polis juga telah mengenal pasti identiti beberapa lagi lelaki yang terlibat dalam kejadian memukul pemandu Uber itu dan minta mereka menyerah diri untuk membantu siasatan.

“Saya juga minta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan ia bukanlah pergaduhan membabitkan kaum sebaliknya polis telah kenal pasti punca insiden tersebut. Biar polis jalankan siasatan,” katanya.

Zainol berkata pihaknya juga telah merekodkan keterangan daripada beberapa pihak dan saksi kejadian itu dan percaya kes berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Seorang pemandu Uber cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri akibat dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa cuba mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam. – BERNAMA

Tags: kes cabulPemandu Uber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd