• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabaran Imam Muda Tugas Di Luar Negara

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Imam muda Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang terpilih sebagai imam solat Tarawih di luar negara, bukan sahaja bertanggungjawab menjadi imam solat fardhu dan solat sunat itu tetapi juga perlu mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang keagamaan.

Mohd. Aminur Rahman Mohamed Rashid, 26, yang terpilih buat kali ketiga untuk menjadi imam solat Tarawih di Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC, Amerika Syarikat berkata kerana itu, sesi pemilihan untuk menyertai program ini amat penting.

“Selain menjadi imam solat Tarawih, tugasan kami juga meliputi mengimamkan solat fardhu, tazkirah Zohor, tazkirah antara solat Tarawih, kelas al-Quran bagi kanak-kanak dan dewasa serta kelas Fardhu Ain,” kata beliau yang juga Pengurus Masjid Saidina Ali Abi Talib di Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang kepada Bernama melalui panggilan telefon.

Beliau berkata selain itu, mereka juga perlu berurusan dengan diplomat, pegawai kanan kerajaan serta rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Seramai 12 pelajar MTNP yang diundang sebagai imam solat Tarawih dalam program yang bermula sejak 2014 itu yang mendapat sokongan daripada Yayasan Pahang (YP) serta agensi lain termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Amanah Saham Pahang Berhad (Aspa).

Mohd. Aminur Rahman sebelum ini pernah bertugas di Dewan Malaysia, Sydney, Australia pada 2014 dan tahun lepas di Masjid Darul Imaan yang juga di Sydney.

“Kami akan berada di sini hingga 29 Jun ini. Saya bersama dengan Ahmad Mukmin Noor Hishamuddin, bertugas di Washington, manakala lapan di Australia, dan dua lagi di Sweden,” katanya.

Sebagai anak sulung daripada tiga adik-beradik, beliau berkata kerana sudah dua kali berada di luar negara ketika sambutan Hari Raya, beliau kini telah biasa dengan suasana tersebut.

Beliau yang membuat permohonan untuk menyertai program ini dan turut ditemuduga berkata, “antara kriteria yang diperlukan ialah kecemerlangan akademik, sahsiah, kepimpinan, kemahiran berbahasa Inggeris dan kebolehan berbahasa Arab menjadi satu kelebihan.

“Mereka yang memohon juga perlu mampu berdikari dan membawa diri di tempat orang.”

Menyentuh mengenai program itu, Mohd Aminur Rahman berkata ia memberi pendedahan terbaik kepada semua pelajar tahfiz, terutama pelajar muda untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari di mahaad tahfiz, termasuk berkongsi pengetahuan dan asas ilmu agama kepada komuniti Islam di luar negara.

Sementara itu, Ahmad Mukmin, 20, yang pertama kali terpilih untuk menyertai program ini, berkata ia adalah pengalaman yang manis.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata peluang keemasan itu adalah pendedahan terbaik kepadanya untuk terus mendalami ilmu agama, seterusnya berbakti kepada masyarakat.

“Ini kali pertama saya sertai program seperti ini. Tahun ini saya ditugaskan di Amerika Syarikat. Satu peluang untuk kita rasai sendiri kehidupan di sana. Kami dapat merasai dan melihat sendiri suasana Islam di luar negara.

“Ini merupakan rezeki Allah untuk kami mencurahkan khidmat dan bakti kepada masyarakat luar di samping menambah ilmu dan pengalaman baru,” katanya. – BERNAMA

Tags: Amerika Syarikatimam muda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

Next Post

JPJ Tumpu 7 Kesalahan Utama Pengguna Jalan Raya

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Next Post

JPJ Tumpu 7 Kesalahan Utama Pengguna Jalan Raya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd