• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perlis Mampu Sumbang 3 Kerusi Parlimen

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yakin Perlis mampu menyumbang semua tiga kerusi parlimennya kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, seperti yang diyakini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keyakinan itu katanya berdasarkan sokongan semasa rakyat terhadap UMNO dan BN selain jentera parti yang bergerak secara tersusun dan mantap.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keyakinan yang diluahkan oleh Najib selaku Presiden UMNO, bahawa Perlis mampu menang kesemua tiga kerusi parlimen di negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, semasa berucap di depan kepimpinan akar umbi pada Isnin lepas.

Azlan ditemui pemberita selepas menyampaikan zakat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kayang, di sini hari ini.

Pada majlis itu, MADA memperuntukkan RM9,500 yang diagih kepada 185 penerima. Selain wang tunai, mereka turut menerima sumbangan beras dan hamper.

Mengulas lanjut, Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, berkata selain menyumbang tiga kerusi parlimen, BN Perlis turut menyasarkan untuk merampas semula dua kerusi DUN yang jatuh ke tangan pembangkang pada PRU lalu.

“Insya-Allah, selain dapat mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi pada PRU lepas, UMNO dan parti-parti komponen BN lain sedang berusaha menawan semula kerusi Indera Kayangan dan Sanglang,” katanya.

Beliau juga menyifatkan kehadiran parti-parti baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara tidak menggugat BN Perlis.

“Pada mulanya mereka sangat yakin dengan agenda untuk menumbangkan BN tetapi akibat konflik perebutan jawatan, masing-masing telah melupakan agenda yang diperjuangkan. Ini menunjukan mereka tidak ikhlas dalam perjuangan untuk membawa kemajuan.

“Kita bagaimanapun tidak boleh berasa selesa dengan perkembangan yang berlaku dalam parti-parti ini akhir-akhir ini walaupun mereka tidak lagi sehaluan,” kata Azlan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd (SKTT), Shafiei Ismail, mengesahkan syarikat berkenaan mengeluarkan...

Kaji Dulu Secara Sebelum Laksana ICERD – MB Perlis

07/11/2018
0

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man meminta kerajaan persekutuan mengkaji dengan mendalam kesan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd