Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Lebih Baik Perkukuh Parti...

TEPAT... Keputusan Barisan Nasional (BN) 'boikot' dengan tidak ambil bahagian dalam Pilihan Raya...

Pekerja Wanita Maut Akibat...

IPOH - Seorang pekerja wanita maut selepas terperangkap dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah...

Khairuddin Minta AG Umum...

SEREMBAN - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali...

Pelakon Lelaki Ramai Kena...

PETALING JAYA: Pelakon ber­penga­laman, Namron mende­dah­kan ramai pelakon lelaki menjadi mangsa gangguan seksual...

Beri Sokongan Moral Kanak-Kanak Penghidap Kanser

KUALA LUMPUR – Walaupun tidak dapat memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit tetapi berilah sokongan moral kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser, kata Pengerusi Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS), Hamidah Tajudin.

Beliau berkata kanak-kanak yang menghidap kanser tidak menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak sihat yang lain kerana mereka perlu menjalani rawatan berbeza mengikut jenis kanser berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh pihak hospital.

“Ada di antara kanak-kanak ini terpaksa menghabiskan masa di hospital untuk mendapatkan rawatan atau berulang alik pada setiap minggu menyebabkan mereka hanya mengenali rakan pesakit yang sama sahaja.

“Oleh itu, saya berharap agar ibu bapa di luar sana supaya dapat membawa anak-anak mereka melawat dan bertemu sekali-sekala dengan pesakit kanser ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan ramah mesra bersama KIDS, di Wisma Bernama baru-baru ini.

Katanya, pergaulan dan pendedahan seumpamanya akan memberi peluang kepada pesakit kanser mengenali rakan-rakan sebaya yang lain dan memberi kekuatan rohani mereka.

Selain itu, Hamidah juga berharap agar pihak yang prihatin dapat memberi sumbangan kepada KIDS bagi membantu meringankan beban ibu bapa pesakit kurang berkemampuan, khususnya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Kos itu bukan sahaja untuk menampung rawatan tetapi juga untuk membiayai keperluan lain termasuk kos pengangkutan bagi yang tinggal jauh terutamanya daripada luar Kuala Lumpur,” katanya yang juga ibu kepada seorang pesakit kanser.

Hamidah turut berkongsi pengalamannya apabila anak bongsunya Muhammad Syukur Shukri, 12, disahkan menghidap kanser darah (Pre B Acute Lymphoblastic Leukemia) ketika berusia tujuh tahun.

Katanya, bukan mudah baginya sekeluarga menghadapi situasi itu apatah lagi anaknya, yang sebelum ini disahkan bebas daripada kanser pada 2015, kini terpaksa menjalani rawatan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila penyakitnya datang semula pada Oktober tahun lepas.

Kakak sulung kepada Muhammad Syukur, Farah Shuhada Shukri, 23, berkata mereka sentiasa memberi sokongan kepada adik bongsu untuk mendapatkan rawatan.

“Sebagai kakak memang saya sedih tetapi kalau kami tidak sokong, dia lagi akan tambah rasa sakit,” katanya.

Nur Sarah Iman Suhaimi, 10, pesakit kanser pangkal otak (Neuropatic Pain) turut berkongsi tentang penyakit yang dialaminya sejak berusia dua tahun, yang menyebabkanya menderita sakit di belakang kepala hingga ke tekak.


Ibunya, Ismaini Ismail, 46, dalam nada sebak, berkata kanser itu telah merebak ke bahagian tekak anaknya dan kini hanya bergantung kepada pengambilan pil ‘methadone’ tiga kali sehari kerana sudah tidak ada rawatan lain lagi untuk anaknya.

Bagi pesakit kanser Protein C Defiency, Suci Nurr Qaisara Mohd Sofa Raazie, 6, yang didiagnos menghidap kanser selepas tiga hari dilahirkan di Hospital Likas, Sabah terpaksa menggunakan mata palsu pada mata kanannya sejak berusia enam bulan.

Suci Nurr Qaisara, anak sulung kepada pasangan Mohd Sofa Raazie Mohd Yusof, 32, dan Nordiana Ibrahim, 32, menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) kerana selain mata kanan yang tidak berfungsi, mata kirinya a turut terjejas.

Tidak menjadikan penyakit sebagai penghalang untuk bergerak aktif, kanak-kanak keletah yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu di sini mempunyai cita-cita tinggi ingin menjadi seorang doktor.

Sementara itu, Zuriana Sudin, 35, ibu kepada pesakit kanser, Muhammad Zaki Mohamad Izam, 3, bersyukur kos rawatan kimoterapi anak sulungnya, yang menghidap Leukimia Pre B All High Risk ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya.

Bagi Hasni Mat Hassan, 42, ibu kepada Muhammad Rayyan Azahar, 8, pesakit kanser otot dari Shah Alam, juga bersyukur kerana tidak perlu menanggung kos ujian ultrasound anaknya kerana rawatan anaknya itu ditanggung kerajaan melalui surat pengesahan daripada pihak sekolah.

Katanya, anak kedua daripada lima beradik itu disahkan mendapat kanser pada 2013 dan menjalani ujian itu setiap enam bulan sekali.

Pada majlis itu, kira-kira 60 kanak-kanak penghidap kanser menghadiri majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan yang kehilangan anaknya, Muhammad Syahid, 4, akibat kanser baru-baru ini.

KIDS merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 19 Jan tahun lalu. Ia ditubuhkan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit kanser di Wad Onkologi, Institut Pediatrik, HKL. – BERNAMA

Kategori