KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di Petaling yang sebelum ini terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Rumah Pam Kolam Air Bukit Gasing, telah pulih sepenuhnya.
Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pengguna atas kesabaran sepanjang tempoh gangguan bekalan air itu.
“Bagaimanapun pengguna dinasihatkan agar sentiasa menggunakan air secara berhemat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan air di www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”. – BERNAMA

