• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Akui Polis Ditembak Dahi Mahu Berhenti Kerja

oleh AK-47
02/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELUARGA kepada pegawai polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh mengakui anak mereka pernah menyatakan hasrat ingin berhenti kerja.

Menurut bapanya, Sharif Folidin Jaafar, 63, bukan sekali anaknya Ahmad Al-Syamir menyuarakan hasrat itu sebaliknya berulang kali kerana mengalami tekanan kerja.

“Arwah pernah memberitahu hasrat untuk berhenti kerja sejak dia ditugaskan sebagai pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IPD Pasir Puteh pada Mac lalu.

“Beliau berulang kali menyatakan hasratnya itu berikutan tekanan kerja yang dialami dan kami terkejut apabila dimaklumkan tentang kematiannya,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambahnya, dia sekeluarga bagaimanapun meragui cara kematian bekas pelajar Maahad Hamidiah itu dan berasa kesal dengan penyebaran gambar kematian anaknya.

Selaku bapa, Sharif berharap pihak polis polis menyiasat secara menyeluruh kes kematian anaknya itu.

Difahamkan, kali terakhir Sharif bertemu anak sulung itu adalah sewaktu menghantar arwah ke daerah tersebut selepas Ahmad bermalam di rumah mereka di Hulu Langat, pada Sabtu lalu.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan pihak polis sedang menyiasat punca kematian.

Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi, kira-kira jam 9.40 pagi semalam di pejabatnya.

Tangan kanan mangsa dilaporkan masih memegang sepucuk pistol jenis P99 Walther manakala tubuhnya berlumuran darah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anggota polisMATItembak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd