• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awie, Isteri Pilih Pulang Beraya Di Siam

oleh AK-47
21/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AIDILFITRI tahun ini pasti lebih bermakna buat pelakon dan penyanyi, Datuk Awie kerana buat pertama kali bakal meraikan lebaran bersama isteri baharunya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.

Lebih menarik, Awie yang sebelum ini pernah mendedahkan dirinya memiliki darah keturunan raja Siam memilih untuk meraikan Hari Raya Puasa pada kali ini di Thailand.

Menurut Awie, hanya dia dan isterinya sahaja menyambut hari raya di sana, manakala anak-anaknya pula akan pulang beraya bersama ibu mereka.

“Tahun ini, saya akan beraya di Siam. Anak pula kemungkinan balik beraya dengan ibu mereka.

“Saya sendiri sudah lama tidak berjumpa dengan anak daripada perkahwinan kedua saya. Cuma abang mereka, Putra Ahmad Merrah, yang tinggal bersama saya,” kata Awie kepada BH Online.

Bercerita mengenai perkahwinan kali ketiga ini, Awie memberitahu, isterinya belum dikurnia rezeki untuk hamil.

“Selalunya, seperti menerusi perkahwinan pertama dan kedua, hanya selepas setahun lebih, barulah soal hendak menimang anak difikirkan. Perkahwinan kali ini pun begitu juga.

“Dalam hal ini, saya bukannya merancang. Kalau boleh, memanglah saya nak cepat dapat anak (dengannya). Maklumlah, umur pun bukan makin menurun,” katanya.

Terdahulu, Awie mendedahkan dirinya berasal daripada keturunan Raja Sulaiman iaitu pengasas wilayah Songkla, dan sejarah keturunannya itu diketahui selepas dia mengkaji selama empat tahun.

Kisah keluarganya didedahkan selepas tindakannya melangsungkan pernikahan di Songkla menimbulkan tanda tanya ramai. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AwieThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd