• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Perlu Kapal Induk Di Perairan Negara

oleh Ahmad Albab
30/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA –  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memerlukan dua kapal induk untuk memantapkan kawalan keselamatan serta pengoperasian di kawasan perairan negara khusus untuk mengekang pencerobohan bot-bot nelayan asing serta penyeludupan.
          
Ketua Pengarah APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata kapal tersebut  itu akan berfungsi sebagai kapal induk yang akan membawa lebih banyak bekalan makanan serta minyak untuk tujuan operasi.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk meletakkan kapal induk itu di kawasan perairan Beting Patinggi Ali i Laut China Selatan serta di perairan Pantai Timur. 
        
“Kapal induk ini merupakan kapal besar yang juga boleh membuat tugas penguatkuasaan, cumanya kapal ini akan berada di kawasan perairan negara lebih lama.
        
“Oleh itu, kapal-kapal kecil yang membuat tugas meronda akan dapat mengambil bekalan makanan atau minyak di kapal induk itu tanpa perlu pulang ke pangkalan, ia akan menjimatkan masa dan kos,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini. 

Beliau berkata APMM mempunyai kira-kira 250 buah bot yang ditugaskan membuat rondaan dan pemantauan di perairan negara. 

Sementara itu, Zulkifli berkata pihaknya berharap dapat menambah baik infrastuktur yang dimiliki APMM dalam melancarkan dan memudahkan operasi yang dijalankan. 

“APMM memerlukan lokap yang lebih besar kerana dalam satu-satu operasi misalnya tangkapan nelayan asing dan pendatang asing tanpa izin melibatkan individu yang ramai,” katanya. 

Zulkifli berkata pihaknya turut berkerjasama dengan pelbagai agensi dari dalam dan luar negara bagi memantapkan penguatkuasaan dengan cekap dan berkesan terutama melalui maklumat risikan. 

“Selain itu, pendekatan memperagakan aset-aset menerusi rondaan dan pemantauan di kawasan panas terus dilakukan untuk menyekat pelakuan jenayah di samping mempercepatkan masa respons apabila menerima laporan kejadian jenayah maritim,” katanya. 

Dalam pada itu, Zulkifli, yang dilantik ke jawatan itu pada  Jun lepas, berharap dapat memacu APMM sebagai sebuah agensi maritim yang disegani di peringkat antarabangsa.

“Saya mengharapkan kerjasama dari semua agensi laut untuk bersama-sama berganding bahu demi kesejahteraan dan keselamatan negara,” katanya. 

Zulkifili, 57, memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Undang-undang Antarabangsa dari Institut Undang-undang Maritim Antarabangsa, Universiti Malta dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi Malaysia. – BERNAMA

Tags: APMMKapal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Minta Penumpang Berdoa Tak Langgar Etika – KP DCA

Next Post

Awas Taktik Sindiket Curi Data Peribadi!

Related Posts

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

Next Post

Awas Taktik Sindiket Curi Data Peribadi!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd