• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Mahu Tangani Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merancang untuk melapor tindakan nelayan Vietnam menceroboh perairan negara kepada masyarakat antarabangsa, kata Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar.

“Ini dibuat dengan harapan negara terbabit mengambil sendiri tindakan menghenti atau menghalang nelayan mereka daripada menceroboh kawasan negara orang,” kata beliau kepada pemberita.

Beliau melawat operasi kapal KM Pekan di perairan Tanjung Sedili sempena majlis berbuka puasa APMM bersama pelbagai agensi penguatkuasaan di sini hari ini.

Beliau berkata usaha itu sejajar dengan undang-undang yang diperuntukkan bagi mencegah aktiviti perikananan haram dalam kalangan nelayan asing.

“Terdapat banyak aduan daripada nelayan-nelayan tempatan mengenai pencerobohan ini. Justeru itu kita akan mengambil pendekatan lebih serius dan pada masa sama mempertingkatkan rondaan ketika musim perayaan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku,” katanya.

Zulkifli berkata APMM menahan tiga bot nelayan Vietnam di perairan Johor semalam kerana dipercayai menangkap ikan tanpa permit.

“Dua daripada bot itu ditahan oleh kapal KM Pekan di kedudukan 17 batu nautika timur laut Pulau Aur, Mersing manakala sebuah lagi ditahan oleh kapal KM Tegas di kedudukan 24 batu nautika timur laut Tanjung Sedili (Kota Tinggi),” katanya.

Seramai 31 awak-awak termasuk tekong berusia antara 18 dan 41 tahun ditahan serta 1,400 kilogram ikan pelbagai jenis turut dirampas.

Mengulas persediaan APMM dalam membanteras kegiatan jenayah lain sewaktu Aidilfitri, Zulkifli berkata pihaknya sedang memperhebatkan penguatkuasaan dan rondaan Ops Pagar di kesemua perairan negara.

Katanya ini berikutan terdapat kemungkinan kes seperti penyeludupan dan pergerakan keluar masuk pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia akan bertambah pada musim tersebut memandangkan kebanyakannya mahu pulang ke kampung halaman mereka.

“Pada Ramadan ini, kita percaya warga asing menggunakan pelbagai inisiatif termasuk menggunakan bot nelayan asing dan bot tukar barang untuk keluar daripada negara.

“Modus operandi mereka (sindiket berkenaan) pula dipercayai berpangkalan di Hutan Melintang, Perak dan diuruskan oleh ejen yang mengaut keuntungan dengan mengatur perjalanan pulang warga Indonesia ke kampung halaman mereka,” katanya.

Zulkifli berkata berdasarkan maklumat risikan, kebanyakan warga Indonesia yang mendapatkan khidmat ejen itu bekerja di seluruh negara termasuk Kelantan, Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan. – BERNAMA

Tags: APMMIsu Pencerobohan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar Menteri Indonesia Tertidur Jadi Tular

Next Post

Red Wing Shoes Buka Kedai Pertama Di Malaysia

Related Posts

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

17/02/2023
0

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Seramai 18 tenaga pengajar dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengikuti latihan menangkap penjenayah...

Next Post

Red Wing Shoes Buka Kedai Pertama Di Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd