Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Ancam Tikam Perut,...

BEAUFORT - Seorang ibu cuba menikam perutnya dengan pisau selepas kecewa anaknya yang...

Ini Sebab Keluarga Selalu...

SESIAPA yang mengikuti perkembangan kesihatan penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez atau mesra...

Wakil Rakyat Dibenar Sentuh...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof hari ini...

Konsert ‘Wajah’ Pukau 400...

IPOH - Paduan suara 22 anggota Koir Kebangsaan Malaysia berjaya memukau kira-kira 400...

Anak TPM, Nurulhidayah Nikah Di Makkah

ANAK sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, semalam.

Penikahan Nurulhidayah, 38, dan Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff, 47, diadakan di Masjid al-Haram, Makkah.

Berita gembira itu dikongsi oleh Nurulhidayah menerusi laman Instagramnya.

Difahamkan, hanya keluarga terdekat dan rakan akrab sahaja yang menyaksikan akad nikah ini termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Menurut Saiful yang merupakan pengarah urusan Menara Rezeki Sdn. Bhd., cinta antara mereka berputik selepas beberapa kali terlibat dalam urusan perniagaan sejak awal tahun ini.


“Saya tidak percaya. Pelan asal kami adalah untuk memberitahu hal ini kepada keluarga kami di Makkah, tetapi cukup bertuah, kami di sini hari ini untuk meraikan perkahwinan kami,” katanya seperti yang dipetik Malaysian Digest.

Sementara itu, Nurulhidayah berharap agar perkahwinannya kali ini diberkati Allah SWT.

“Mengetahui bahawa semua orang merestui perkahwinan kami, kami hanya berharap untuk peroleh keberkatan pada hari-hari terakhir Ramadan ini,” katanya lagi.

Nurulhidayah merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak selepas suaminya, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi dilaporkan meninggal dunia pada Jun tahun lalu selepas menerima rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Kategori