• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akaun Media Sosial Palsu Akan Dipantau MCMC

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memantau kehadiran akaun-akaun media sosial palsu serta menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sejak kebelakangan ini, katanya, didapati terdapat banyak akaun media sosial palsu seperti Facebook, Twitter yang diwujudkan untuk menyebar pelbagai kandungan palsu dan jelik yang boleh memberi kesan buruk terhadap sosial, ekonomi dan keselamatan negara.

Beliau mengingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi & Multimedia 1998 untuk membuat atau mewujudkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik.

“Umum sedia maklum bahawa akaun palsu seperti ini digunakan oleh mereka yang berniat jahat dan bertujuan untuk menyebarkan berita palsu, fitnah serta hasutan yang merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Salleh berkata isu itu tidak terpencil kepada Malaysia sahaja.

Malah, katanya, Facebook baru-baru ini dilaporkan telah mengambil tindakan ke atas 30,000 akaun Facebook palsu di Perancis dalam usahanya untuk mengekang gejala berita palsu sewaktu pilihan raya presiden negara itu.

“Selain tindakan penguatkuasaan, kerjasama dengan pihak pemberi perkhidmatan seperti Facebook akan terus dipohon oleh pihak MCMC untuk memadam akaun-akaun palsu ini,” kata Salleh. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd