• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri: 515 Bas Ekspres Diperiksa JPJ Perak

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memeriksa 515 bas ekspres di empat terminal di negeri ini sepanjang Op Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2017 dari 18 Jun hingga semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata dalam operasi itu, sebanyak 22 saman dikeluarkan JPJ Perak melibatkan pelbagai jenis kesalahan di Terminal Bas Amanjaya, Terminal Bas Ekspres Teluk Intan, Terminal Bas Kamunting dan Terminal Bas Sri Manjung.

“Antara kesalahan yang dikesan membabitkan lampu signal selain brek yang tidak berfungsi, tayar botak dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Terminal Bas Amanjaya di sini, semalam.

Operasi itu akan diteruskan sehingga 2 Julai ini bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar, katanya.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya mengelak daripada melakukan tujuh kesalahan utama yang sering dilakukan sepanjang Aidilfitri termasuk melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan tidak memakai tali pinggang keselamatan.

Menggunakan telefon bimbit, memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju dan memandu di lorong kanan secara berterusan bagi kenderaan berat juga antara kesalahan yang sering dilakukan.

“Oleh itu, kita nak ingatkan semua pengguna jalan raya termasuk pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori supaya mematuhi undang-undang jalan raya, dan kita tak teragak-agak untuk mengeluarkan saman sekiranya mereka tidak mematuhi arahan,” katanya.

Yusoff berkata semua pengguna jalan raya juga diminta membuat aduan ke talian hotline JPJ sekiranya melihat ada kenderaan gagal mematuhi undang-undang jalan raya. – BERNAMA

Tags: bas ekspresJPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd