• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri: 40,000 Pegawai, Anggota Polis Bertugas

oleh Ahmad Albab
08/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 40,000 pegawai dan anggota polis di seluruh negara akan bertugas di sepanjang perayaan Aidilfitri, yang menjelang tidak lama lagi, bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jumlah penugasan berkenaan ditingkatkan berbanding tempoh tahun lepas bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman kumpulan militan Daesh di negara ini ketika musim perayaan.

Beliau berkata dalam pada itu, 8,000 pegawai dan anggota polis trafik tidak dibenarkan bercuti bagi mengawal lalu lintas pada Aidilfitri nanti.

“Selain itu, jumlah pegawai dan anggota polis yang bertugas di perbatasan negara ketika perayaan juga dipertingkatkan dan diperketatkan kawalannya.

“Polis sentiasa bersiap-siaga dengan pelbagai ancaman terutamanya Daesh dan mana-mana kumpulan pengganas daripada menceroboh masuk sempadan negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan bungkusan kuih raya Polis Diraja Malaysia 2017 di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini.

Mengenai perkembangan siasatan kes kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, disyaki akibat didera pada 1 Jun lepas, Khalid berkata kes berkenaan masih dalam siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan kes itu masih berjalan dan kami masih belum selesai mengambil beberapa keterangan suspek serta saksi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan kes ini.

“Sebarang perkembangan terbaru mengenai kes itu kami akan maklumkan dari semasa ke semasa jadi tunggulah,” katanya

Terdahulu, Khalid menyerahkan 3,864 bungkusan kuih raya untuk diagihkan kepada warga PDRM yang akan bertugas pada Aidilfitri nanti.

Dalam perkembangan lain, Khalid turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran pelaburan skim cepat kaya yang menawarkan pelaburan yang tinggi sempena musim perayaan Aidilfitri.

“Saya nasihatkan rakyat Malaysia kalau buat sesuatu pelaburan yang memberi pulangan lebih daripada 15 peratus atau 20 peratus setahun diharap berwaspada dan menyemak terlebih dahulu dengan pihak Bank Negara bagi mendapatkan kesahihan.

“Tidak ada pelaburan yang boleh beri keuntungan lebih daripada jumlah itu dan jangan menyesal apabila sudah ‘terkena’ baru hendak buat laporan polis. – BERNAMA

Tags: Aidilfitrianggota polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd