• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Pasar Tani Pra-Syawal Beroperasi Di Perak

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan pasar tani pra-Syawal di lapan pasar tani di negeri ini sejak semalam.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri Datuk Saarani Mohamad berkata ia bertujuan bagi membolehkan pengguna mendapatkan bekalan keperluan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata pasar tani yang terlibat adalah di Kampung Simee, Medan Gopong, Silibin dan Pengkalan Pegoh di daerah Kinta, Teluk Intan (Hilir Perak), Tanjung Malim, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.

Beliau berkata 90 ekor lembu dan 15,000 ekor ayam di jual di lapan pasar tani tersebut.

“Pelaksanaan pasar tani pra-Syawal itu akan memberi impak yang besar, dalam mengurangkan harga barangan komoditi terpilih kepada pengguna.

“Ia juga dapat meningkatkan pendapatan petani khususnya kepada peserta melalui jualan terus di pasar tani selain memberi nilai penjimatan kepda pengguna,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran pasar tani khas pra-Syawal peringkat negeri di pasar tani Kuala Kangsar di sini hari ini.

Saarani berkata pasar tani berkenaan juga menawarkan harga lebih murah seperti ayam dijual dengan harga RM7.30 berbanding harga siling RM7.50.

Menurut beliau, bekalan keperluan untuk Aidilfitri adalah mencukupi dan pengguna tidak perlu panik untuk mendapatkan barangan keperluan yang segar dan berkualiti.

Katanya, pasar tani pra-Syawal juga menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus dalam menyokong usaha kerajaan menurunkan harga hasil pertanian dan produk makanan di pasaran ekoran pelaksanaan cukai barangan (GST) dan kenaikan harga minyak semasa.

“Harga barangan komoditi di pasar tani juga menawarkan penjimatan antara lima peratus hingga 20 peratus, harga lebih rendah dari harga pasaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMAPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd