Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

1,828 Mykad Masih Belum...

MELAKA - Sebanyak 1,828 MyKad belum dituntut di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka...

Selepas Lebih 2 Minggu,...

PEKAN - Selepas lebih dua minggu dilanda banjir, akhirnya banjir di Pekan kembali...

61 PATI Bangladesh Dihantar...

SIK - Jabatan Imigresen Kedah mula menghantar pulang 61 pendatang asing tanpa izin...

Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menuntut...

7 Tentera Thai Cedera 2 Serangan Bom Di Takbai

NARATHIWAT – Tujuh anggota tentera Thailand cedera, tiga daripadanya parah dalam dua kejadian serangan bom di daerah Takbai, wilayah Narathiwat di selatan Thailand hari ini.

Ketua Polis Takbai Kol Pacharapon Na Nakhon berkata, kejadian pertama berlaku 9 pagi waktu tempatan berhampiran jambatan di Kampung Pulau Cek Muda menyebabkan tiga anggota tentera sedang menaiki trak pikap cedera parah.

“Letupan itu disebabkan oleh sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram yang diletak dalam motosikal dan diletup menggunakan walkie-talkie,” katanya hari ini.

Ketiga-tiga anggota tentera itu katanya, bersama dua anggota yang lain sedang dalam perjalanan ke rumah bekas anggota militan di kampung berkenaan ketika bom buatan sendiri itu diletupkan.

Dalam kejadian kedua yang berlaku kira 800 meter dan setengah jam selepas kejadian pertama, empat anggota tentera cedera apabila sebutir bom dianggarkan seberat antara lima dan tujuh kilogram meletup ketika mereka sedang memeriksa jalan itu.

Menurut Pacharapon, bom itu dipercayai diledak menggunakan telefon bimbit. – BERNAMA

Kategori