• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

625 Kompaun Rokok Dikeluarkan Sehingga Mei

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan sebanyak 625 kompaun bernilai RM75,570 membabitkan kesalahan berkaitan rokok termasuk merokok di kawasan larangan sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kompleks membeli-belah merupakan lokasi tertinggi kompaun dikeluarkan iaitu sebanyak 275, diikuti hentian kenderaan awam sebanyak 89 dan kawasan taman permainan berjumlah 60 kompaun.

“Selain lokasi itu, sebanyak 44 kompaun dikeluarkan di hospital, 28 kompaun di premis kerajaan, 24 kompaun di pusat hiburan, empat kompaun di stesen minyak selain tiga kompaun di lapangan terbang dan tiga lagi di kafe siber.

“Bagi kesalahan lain, 54 kompaun dikeluarkan membabitkan penjualan rokok kepada individu bawah umur, kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok (26), jualan rokok dalam paket terbuka (14) dan penjualan hasil tembakau kepada individu bawah umur (1),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017 di Taman Awam, di Taman Rekreasi Sultan Aziz di sini, hari ini.

Menurut Dr Mah, semua kompaun yang dikeluarkan itu juga tertakluk di bawah penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Mengulas mengenai operasi yang dijalankan, Mah menegaskan ia dijalankan serentak di 46 taman awam di seluruh daerah di Perak.

Katanya, tujuan operasi itu dijalankan bukan sahaja untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang ramai tentang kemudaratan akibat merokok malah mahu memastikan taman awam juga bebas daripada gejala berkenaan.

“Kita mahu masyarakat mengamalkan cara hidup sihat dan sepertimana yang kita ketahui, merokok boleh mendatangkan penyakit jantung, paru-paru dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan kepada pejabat kesihatan daerah sekiranya mendapati ada individu melanggar peraturan tersebut. – BERNAMA

Tags: KKMLarangan Merokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd