• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Ditahan Dalam Kes Tetak Lelaki Dengan Parang

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 22 tahun cedera di kepala selepas ditetak dengan parang dalam pergaduhan di Jalan Masjid India di sini.

Dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi semalam, dia bersama adik dan rakannya masing-masing berusia 18 tahun dipukul kira-kira 10 lelaki tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata enam lelaki berusia 18 hingga 31 tahun telah ditahan dalam Ops Bersepadu Khas bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur bermula 9 malam tadi.

“Seorang daripada yang ditahan dalam senarai dikehendaki polis manakala dua lagi didapati positif dadah dalam ujian air kencing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala adik serta rakannya tidak mengalami kecederaan serius.

Mohd Sukri berkata seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan dipercayai menyembur anggota penguat kuasa DBKL dengan penyembur lada di Medan 6 Jalan Bunus di sini pada hari sama.

Dalam kejadian kira-kira 12.36 tengah malam itu, petugas berusia 22 tahun bersama beberapa anggota DBKL menjalankan tugas menyita penjaja air tanpa lesen.

Anggota penguat kuasa itu mengalami kecederaan bengkak di badan dan dirawat di HKL, kata Mohd Sukri. – BERNAMA

Tags: ACP Mohd Sukri Kamankes tetak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skuad Bola Jaring Pilih Skuad Lelaki Sebagai ‘Sparring’

Next Post

Sivarasa Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

Related Posts

Suspek Kes Tetak Empat Sekeluarga Masih Diburu

19/04/2022
0

Johor Bahru : Polis masih memburu suspek kes tetak empat sekeluarga di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili dekat sini, Khamis...

Suspek Utama Kes Tetak Dr Wan Hassan Ditahan

01/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga individu termasuk seorang suspek utama yang menetak mati bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut...

Next Post

Sivarasa Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd