• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Universiti Penyelidik Kelompok 1% Terbaik Dunia

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lima universiti awam Malaysia berstatus universiti penyelidikan tersenarai dalam kelompok satu peratus universiti teratas di dunia.

Lima universiti itu ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Unversiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang menunjukkan peningkatan dalam senarai ranking dunia bagi tahun 2017/2018 terbitan Quacquarelli Symonds (QS).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dalam sidang media di sini hari ini berhubung pencapaian berkenaan berkata ia merupakan berita yang amat baik bagi landskap pendidikan tinggi negara terutamanya dalam meraikan 10 tahun inisiatif universiti penyelidikan bagi merangsang, membudayakan penyelidikan, penerbitan dan inovasi.

“Dari 26,000 universiti di seluruh dunia, universiti penyelidikan Malaysia kini pada tangga 260 teratas,” katanya.

Idris berkata UM berada pada kedudukan terbaik iaitu 114 dan berada di ambang kelompok 100 universiti terbaik di dunia.

Beliau berkata peningkatan terbaik dicatatkan oleh UPM yang melonjak 182 anak tangga dari kedudukan 411 di dunia pada 2013/2014 kepada 229 sekarang.

UKM pula mencatatkan peningkatan sebanyak 72 anak tangga dan berada pada kedudukan 230 berbanding 302 pada tahun 2016/2017, katanya.

USM pula mencatatkan peningkatan sebanyak 66 anak tangga dari 330 pada 2016/2017 kepada 253 bagi tahun 2017/2018 manakala UTM meningkat 102 anak tangga dari 355 pada 2013/2014 kepada 253 bagi tahun 2017/2018, katanya.

“Kementerian Pendidikan Tinggi yakin perancangan strategik digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 membolehkan sasaran untuk menempatkan universiti tempatan dalam ranking 100 terbaik dunia akan tercapai lebih awal dari jangkaan,” katanya.

Idris berkata antara 2007 dan 2016, universiti penyelidikan menjana lebih daripada RM6.18 bilion untuk negara dan ini merupakan 55.3 peratus pulangan pelaburan penyelidikan daripada pelaburan awal kerajaan iaitu RM3.98 bilion.

QS merupakan agensi penarafan universiti pertama dunia yang diiktiraf oleh The International Ranking Expert Group dan menjadi rujukan pihak berkepentingan seluruh dunia.

QS membuat penilaian berdasarkan enam petunjuk prestasi utama termasuk reputasi akademik dan nisbah pelajar:pensyarah. Sistem ranking QS turut menilai penyelidikan, pengajaran, kebolehpasaran dan pengantarabangsaan universiti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris JusohUniversiti Penyelidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd