• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Ditahan Terbabit Pecah Masuk Restoran

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah restoran di Plaza 333, dekat sini semalam yang membabitkan kerugian wang tunai sebanyak RM72,096.70.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata kesemua suspek iaitu dua wanita dan tiga lelaki berusia antara 17 dan 23 tahun itu ditahan di premis berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Empat daripada individu berkenaan adalah pekerja di premis itu, manakala seorang lagi adalah bekas pekerja yang telah berhenti pada Ahad lepas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata sebelum tangkapan itu, polis telah menerima laporan daripada penolong pengurus premis berkenaan yang mendapati tiga unit televisyen paparan LCD dan wang tunai berjumlah RM72,096.70 yang disimpan di dalam tiga peti besi di restoran itu lesap ketika membuka premis berkenaan pukul 7.30 pagi semalam.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang berjaya menahan lima suspek di premis berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari. Hasil siasatan lanjut polis juga menemui wang tunai RM72,096.70 di rumah bekas pekerja restoran berkenaan.

“Tiga set televisyen yang hilang itu turut ditemui di rumah ibu seorang daripada suspek. Selain itu, polis juga merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios, topeng muka, sarung tangan, anak kunci, sehelai seluar dan sebuah beg galas yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ramli DinKes Pecah Masuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Tan Sri Isa Samad Dipecah Masuk

25/07/2018
0

NILAI – Rumah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Nilai Spring Heights dekat sini telah dipecah masuk kira-kira pukul...

Budak Dilarikan Selepas Rumah Dipecah Masuk

07/06/2018
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan hilang dipercayai dilarikan selepas rumah neneknya di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap dekat Muar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd