• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,000 Kunjungi Rumah Terbuka Rahman Dahlan

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kira-kira 4,000 orang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, di sini hari ini.

Majlis rumah terbuka bermula 9 pagi itu dihadiri masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan para tetamu dihidangkan dengan juadah menarik termasuk makanan istimewa pada hari raya seperti sate, ketupat, lemang dan rendang.

Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Abdul Rahman berkata kehadiran ramai pengunjung menunjukkan perasaan kekitaan jelas terpancar dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah.

“Pemimpin daripada parti pembangkang juga turut hadir beramah mesra dengan pemimpin kerajaan pada majlis ini. Kita lihat suasana lebih mesra dan saya berharap dengan perasaan kekitaan dan kekeluargaan antara satu sama lain berkekalan sampai bila-bila.

“Kita mungkin berbeza pendapat dari segi politik, ekonomi atau kerajaan namun dalam majlis ini kita dapat cari titik persamaan yang boleh menyatupadukan rakyat,” kata Anggota Parlimen Kota Belud itu.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr. Juhar Mahiruddin.

Antara tetamu kenamaan lain yang hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak serta Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU), beliau akan terus menjadikan pembangunan Sabah sebagai agenda utama di peringkat persekutuan.

“Sabah masih memerlukan banyak pembangunan dan saya selalu mendapatkan nasihat daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Ketua Menteri Sabah (Musa) untuk memastikan apa pembangunan yang perlu diutamakan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Bawa Naratif Sedih Syahdu Dalam PRN Negeri Sembilan?

PH Bawa Naratif Sedih Syahdu Dalam PRN Negeri Sembilan?

17/07/2026
0

SEREMBAN – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pendokong Pakatan Harapan (PH) dilihat mula membawa naratif yang lebih menyentuh...

Pemuda MCA Umum Gerak Seluruh Kekuatan Jentera Bantu Calon BN

Pemuda MCA Umum Gerak Seluruh Kekuatan Jentera Bantu Calon BN

17/07/2026
0

SEREMBAN - Pemuda MCA Kebangsaan memberi jaminan akan menggerakkan seluruh kekuatan jenteranya membantu calon Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh kempen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd