• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Bot Nelayan Langgar Syarat Sah Lesen Ditahan

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 3 Lumut menahan empat bot nelayan tempatan kira-kira 9 batu nautika dari Barat Laut Pulau Talang, di sini, petang semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata Bot Maritim Kilat 11 yang diketuai Bintara Muda Maritim Mohd Ramzuzaman Abu Hasan itu turut menahan empat tekong dan empat awak-awak warga Myanmar yang berada di kesemua kapal tersebut, kira-kira 1 hingga 2 petang semalam.

Beliau berkata, kesemua bot nelayan berkenaan ditahan ketika anggotanya sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Malaysia.

“Setelah diperiksa didapati bot-bot tersebut menjalankan aktiviti menangkap ikan yang melanggar syarat-syarat yang dinyatakan dalam lesen iaitu menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kesemua kru warga Myanmar yang berumur antara 20 dan 45 tahun itu kemudiannya diiringi balik ke jeti Kampong Acheh, Sitiawan, malam tadi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata pihaknya akan bertindak tegas terhadap bot nelayan tempatan yang didapati melanggar syarat lesen menangkap ikan. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd