• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

300 Lagi Pemandu Teksi, Kereta Sewa Terima Lesen

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen teksi individu kepada kumpulan kedua pemandu yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang menyampaikan lesen itu kepada 157 pemandu teksi dan 143 pemandu kereta sewa di sini berkata pemberian lesen itu bertujuan menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka.

Katanya 43 daripada penerima lesen tersebut turut menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baharu.

Nancy berkata penerima lesen di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) itu telah melalui proses saringan ketat oleh SPAD dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Pengangkutan Jalan serta menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan suruhanjaya berkenaan.

“TITP disasar untuk menyelesaikan isu-isu struktur yang sekian lama membelenggu industri teksi seperti soal kebajikan pemandu, isu sukar menjana pendapatan, kekangan atau kesukaran pemandu untuk terus memenuhi citarasa dan kehendak pengguna, tekanan yang dirasai pemandu kerana sistem dan amalan sedia ada serta banyak lagi isu lain,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian lesen itu.

Pada 31 Mac lepas, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar ketika itu menyampaikan 300 lesen kepada kumpulan pertama pemandu.

Ia merupakan sebahagian daripada 3,007 permohonan yang telah diterima SPAD sejak Ogos 2016.

Sementara itu Nancy berkata beberapa insiden yang melibatkan perkhidmatan teksi ‘e-hailing’ sebelum ini dilihat memberi tekanan kepada penyedia perkhidmatan tersebut untuk meningkatkan keselamatan dan akur kepada keperluan untuk SPAD mengawal selia perkhidmatan tersebut.

“Kini adalah masanya dan peluang untuk anda (pemandu teksi) mengubah persepsi orang ramai terhadap mutu perkhidmatan teksi kita.

“Pada hemat saya, persepsi positif terhadap teksi akan terus meningkat melalui perkara-perkara asas seperti kenderaan yang bersih dan diselenggara dengan baik, personaliti dan tingkah laku pemandu teksi yang menyenangkan serta integriti mereka yang tinggi,” katanya.

Antara insiden yang melibatkan perkhidmatan e-hailing termasuk kes rompakan pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita di Puchong, Selangor pada 21 Mei dan kes seorang peniaga atas talian yang mendakwa dirogol pemandu GrabCar ketika dalam perjalanan dari sebuah pusat karaoke di Petaling Jaya untuk pulang ke rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada 11 Jun lepas. – BERNAMA

Tags: pemandu teksi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Singapura Lapor Dua Kes Baharu Virus Zika

Next Post

Briged Ke-31 Infantri Bantu Mangsa Kebakaran Rumah

Related Posts

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

Penerima Prihatin Dikecuali Lalui Proses Permohonan Permai

15/02/2021
0

PUTRAJAYA - Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini akan dikecualikan...

Next Post

Briged Ke-31 Infantri Bantu Mangsa Kebakaran Rumah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd