• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya

oleh AK-47
19/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULANG ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma nanti sudah tentu menjadi kebiasaan orang ramai terutamanya umat Islam yang mencari rezeki jauh daripada keluarga.

Pastinya pelbagai persediaan diatur termasuk pembelian tiket bas atau sebarang pengangkutan awam bagi memastikan sambutan Aidilfitri disambut bersama keluarga.

Disebalik perancangan itu, ada yang kurang bernasib baik apabila gagal mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung halaman.

Menerusi perkongsian Hana Humaira di laman Facebook Komuniti Kuantan, dia meminta jasa baik warga Kuantan, Pahang untuk menumpangkan dia tiga beranak pulang ke Kelantan.

“Mohon jasa baik warga kuantan.. kami hendak tumpang ke Kelantan.. nak balik raya … kami 3 beranak.. kami bayar.. demi ayah dan bonda di kampung .. ticket sudah abis.. mohon jasa baik,” tulisnya.

Entri tersebut dikongsikan lebih 60 kali dan mendapat ratusan komen daripada pengguna Facebook.

Ramai bersimpati terhadap luahan Mohd Azhar Abdullah, 32, dan Hajar Azmi, 29, bersama anak perempuan mereka, Nur Hana Humaira, sembilan bulan, termasuk mencadangkan beberapa bantuan bagi mempermudahkan urusan tiga beranak itu.

Media tempatan melaporkan Azhar yang bekerja mengambil upah memotong rumput terpaksa meminta bantuan kerana kekangan kewangan susulan bayaran upah yang tidak menentu, selain keadaan isterinya seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak masih kecil.

“Upah tidak menentu, antara RM500 sehingga RM700 sebulan. Tak banyak, tapi Alhamdulillah cukup-cukup makan,” katanya.

Dugaan buat keluarga ini apabila kereta yang digunakan untuk pulang ke kampung rosak dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki.

Menurutnya, dengan keadaan isteri dan anaknya, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung mertuanya di Kampung Kubang Bulat, Pasir Puteh dengan menaiki bas, namun sudah kehabisan tiket.

Jelasnya, dia bukan mahu meminta bantuan kewangan tetapi hanya mahu dibantu dari segi pengangkutan balik ke kampung.

Hasrat tiga beranak untuk merasai kemeriahan menyambut Syawal di kampung, akhirnya tertunai apabila seorang rakan lamanya yang terputus hubungan selama beberapa tahun tampil menghulurkan bantuan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berayaKelantanOKUPahangpulang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd