• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

200 Orang Anggota PPBM Melaka Keluar Parti

oleh AK-47
18/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seramai 200 orang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Melaka hari ini bertindak meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap hala tuju dan perjuangannya.

Bekas Ketua penyelaras Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM Melaka Mohd Hazif Iskandar Mohd Jamil berkata beliau dan anggota lain memutuskan untuk kembali kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

“Kami membuat keputusaan secara rela hati dan tanpa paksaan kerana ingin kembali ke pangkal jalan setelah hampir setahun berjuang melawan arus,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa UMNO bahagian Masjid Tanah di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Mohd Hafiz, 32, berkata beliau dan rakan-rakannya memilih kembali kepada UMNO kerana percaya hanya parti itu yang dapat memperjuangkan kepentingan rakyat.

Beliau mendakwa kepimpinan PPBM tidak menjaga kebajikan anggota dan hanya mengguna khidmat mereka terutamanya anggota muda tanpa menghargainya.

“Selepas selesai mengguna kami…mereka (pemimpin PBBM) nak ucapkan terima kasih pun susah… hanya mencari kami apabila mereka perlukan tenaga kami,” katanya sambil memberitahu bahawa lebih ramai lagi anggota PPBM dijangka menyertai semula UMNO.

Sementara itu, Ab Rauf mengucapkan terima kasih kepada Mohd Hafiz dan rakan-rakannya kerana kembali menyetai UMNO.

“UMNO merupakan parti unggul yang sejak 60 tahun lepas berjaya menguruskan masyarakat…hanya UMNO mampu menentukan masa depan anak bangsa dan negara. Parti lain tidak mampu berjuang seperti UMNO,”katanya. – BERNAMA

Tags: PPBM melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd