• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pasangan Kekasih Terbabit Edar Dadah Ditahan

oleh AK-47
23/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Dua pasangan kekasih dipercayai terbabit dengan kes pengedaran dadah di sekitar daerah ini ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bayan Lepas dan Bukit Jambul dekat sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. A. A. Anbalagan berkata dalam serbuan pertama seorang lelaki berusia 29 dan pasangannya, 22 tahun yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara ditahan di tepi jalan Datuk Ismail Hashim, Bayan Lepas kira-kira 1 pagi semalam.

“Pemeriksaan di laci ‘dashboard’ (papan pemuka) bahagian penumpang hadapan  menemukan sebuah beg hitam yang mengandungi dua paket plastik lutsinar disyaki  mengandungi dadah jenis heroin seberat kira-kira 28 gram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ditahan pasangan itu didapati positif dadah dan lelaki berkenaan mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah.

Bagi kes kedua beliau berkata, seorang lelaki berusia 41 tahun dan pasangannya, 23, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Jambul Court, Bukit Jambul dekat sini, kira-kira 2 pagi semalam.

Anbalagan berkata pemeriksaan polis menemukan dadah jenis heroin dianggarkan seberat 1.508 kilogram serta syabu seberat kira-kira 54 gram dan pasangan itu disyaki terlibat dengan pengedaran dadah sejak enam bulan lepas.

Katanya, pasangan berkenaan juga didapati positif dadah ketika ditahan manakala suspek lelaki mempunyai 13 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah lain.

Beliau berkata kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung hingga mati mandatori.

“Semua suspek kini direman hingga 27 Jun ini untuk siasatan lanjut dan jumlah keseluruhan anggaran nilai harga pasaran dadah yang dirampas dalam dua kes ini ialah RM41,480,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd