• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Mangsa Cedera Gempa Bumi Di Turki, Greek

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ATHENS – Sekurang-kurangnya 10 mangsa dilaporkan cedera dalam gempa bumi yang melanda kawasan pesisiran pantai Aegean di barat Turki serta kepulauan Lesbos dan Chios di Greece.

Stesen televisyen Greece, ERT melaporkan semua mangsa yang cedera tinggal di kawasan perkampungan Vrisa di kepulauan Lesbos, selepas beberapa rumah runtuh.

“Puluhan rumah runtuh dan jalan raya di kawasan kampung itu dihalang oleh runtuhan.

“Kami sedang berusaha mengeluarkan seorang mangsa wanita yang terperangkap dalam runtuhan di Vrisa,” kata penyelia perkhidmatan kebakaran wilayah, Marios Apostolides kepada ERT.

Sementara itu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa terletak di Laut Aegean, iaitu kira-kira 11 kilometer di selatan Plomari, kawasan perkampungan di selatan pesisiran pantai Lesbos.

USGS turut melaporkan beberapa gempa bumi susulan.

Datuk Bandar Plomari, Manolis Armenakas ketika memaklumkan ERT, berkata pihaknya masih menilai jumlah kerugian akibat gempa bumi itu. Selain itu, gempa bumi dengan kekuatan 6.3 magnitud itu turut dirasai di daerah Karaburun di wilayah Izmir, di Turki dan di Athens, Greece.

Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan berikutan kejadian itu di Turki. – AFP/myMetro Online

Tags: gempa bumiTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd