• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Sedia Lepas Jawatan Ketua Wanita PKR

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sekalipun Presiden Parti Keadilan Rakyat seorang wanita, namun ketua sayap Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin tetap melihat PKR tidak memberi ruang secukupnya kepada golongan itu untuk bersuara.

Zuraida berkata sekalipun penyertaan wanita dalam memegang jawatan dijamin oleh perlembagaan parti, namun pembabitan golongan itu di pelbagai peringkat parti masih tidak mencapai 30 peratus.

Beliau berkata walaupun wanita berentap dalam menegakkan keadilan, menyertai perhimpunan aman, protes dan menggerakkan demostrasi, namun penyertaan wanita seringkali mendapat sambutan suam kuku daripada pimpinan tertinggi parti

“Acapkali tidak mendapat sokongan serta pengaruh kualitas dari pimpinan tertinggi parti yang nyata, pimpinan dari peringkat cabang, negeri, dan pusat seringkali membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa konsultasi suara wanita, mencemarkan jolokan Keadilan sebagai sebuah parti reformasi,” katanya dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2017, di sini hari ini.

Justeru, Zuraidah yang juga anggota Parlimen Ampang, mahu supaya pucuk pimpinan parti berkenaan memberi peluang kepada lebih ramai wanita mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, antara lain supaya kuota penglibatan kaum wanita seperti dijamin perlembagaan parti dapat dipenuhi.

“Wanita yang layak jangan didiskriminasi dan ditempatkan di tempat-tempat (kerusi PRU) kurang strategik.

“Saya ingat pada 2008, sebelum PRU 2008, saya cuba aturkan lebih ramai wanita untuk bertanding, tetapi oleh kerana tidak mudah maka saya harus mencari kerusi-kerusi yang tidak laku, yang tidak ada yang nak,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Zuraidah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita pada pemilihan parti akan datang, bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda.

Bagaimanapun Zuraida berkata keputusannya itu tidak ada kaitan dengan kes mahkamah melibatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Rosly. – BERNAMA

Tags: Wanita PKRZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kerana...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd