Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Keji Bantu Anak...

GILA...seorang ibu yang menjalinkan hubungan sumbang mahram dengan anak saudaranya telah membantu lelaki...

Qatar Bantu Malaysia Urus...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Qatar akan menyalurkan dana berjumlah US$50 juta (RM209.62 juta)...

Lelaki Mengamuk Bakar Rumah,...

KUCHING - Tiga orang rentung selepas sebuah rumah yang didiami 10 sekeluarga di...

JPJ Keluarkan Lebih 21,000...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,613 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai...

Zon Penampan Empangan, Kolam Tadahan Dilebarkan

ISKANDAR PUTERI – Zon penampan di 14 empangan dan kolam tadahan yang diwartakan di negeri ini akan dilebarkan bagi menangani pencemaran air.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata pelebaran tersebut ditingkatkan kepada 500 meter berbanding 50 meter ketika ini.

“Pelebaran ini, bagaimanapun, masih dalam peringkat cadangan oleh Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (Bakaj) dan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Sheikh Ibrahim Salleh (PAS-Sungai Abong) yang bertanyakan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk melebarkan zon penampan di sekitar empangan dan kolam tadahan air bagi menangani pencemaran.

Menurut Hasni, sumber air mentah dalam empangan dan kolam takungan perlu dipelihara supaya bekalan air mentah ke loji rawatan sentiasa mematuhi piawaian air mentah yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Hasni berkata Bakaj akan melaksanakan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Johor bagi meningkatkan pengurusan sumber air mentah dan mengatasi pencemaran sungai berkenaan.

Menjawab soalan Datuk Seri Adham Baba (BN-Pasir Raja), beliau berkata buat permulaan, satu kajian akan dijalankan pada suku ketiga tahun ini bagi mengenal pasti dan merekod punca pencemaran yang terdapat di dalam lembangan Sungai Johor.


“Kajian berkenaan turut merangkumi penentuan kadar pelepasan bahan pencemar yang boleh dilepaskan di Sungai Johor bagi mengawal pencemaran dan meningkatkan kualiti air,” katanya.

Hasni berkata pada suku kedua tahun ini, Bakaj akan memasang tiga unit alat pemantau kualiti air di Sungai Johor bagi memantau pencemaran dan sebagai amaran awal kepada loji rawatan air supaya tindakan awal diambil untuk mengelakkan gangguan air lebih teruk.

Beliau berkata kerajaan negeri sudah membekukan pengeluaran lesen bagi semua aktiviti pengeluaran pasir di Sungai Johor mulai awal tahun lepas.

Katanya pembekuan lesen dilihat berjaya mengurangkan pencemaran Sungai Johor dari aspek parameter kekeruhan dan pepejal terampai.

“Selain pemantauan Bakaj, Syarikat Air Johor Ranhill Sdn. Bhd. juga melaksanakan program kesedaran terhadap pengusaha kilang berhampiran Sungai Johor sejak 2015 hingga Februari lalu bagi menangani pencemaran,” katanya. – BERNAMA

Kategori