• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wisma Putra Pantau Insiden Serangan Bom Di Manchester

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden serangan pada konsert di Manchester Arena, London, semalam, supaya melaporkan diri kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan yang terjejas itu supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Justeru, katanya, pihaknya memantau rapi insiden letupan bom pada konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 19 penonton dan kira-kira 50 lagi cedera.

Wisma Putra turut merakamkan takziah dan simpati ke atas pihak keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.

Laporan awal media menyebut sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala 50 orang lagi cedera dalam kejadian yang disyaki serangan pengganas.

Berdasarkan laporan itu, letupan berlaku ketika penyanyi itu melakukan persembahan di atas pentas dan beliau dilaporkan selamat.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan ekoran insiden itu boleh menghubungi pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di alamat 45 – 46 Belgrave Square, London SW1X 8QT, nombor telefon +44 207 235 8033 atau e-mel: [email protected]. – BERNAMA

Tags: serangan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

01/10/2022
0

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan meningkat kepada 35 orang....

2 Maut, 38 Cedera Serangan Bom Di Myanmar

02/02/2022
0

YANGON : Dua terkorban, manakala 38 cedera dalam serangan bom tangan pada perhimpunan pro-tentera di timur Myanmar semalam, seorang pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd