• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga PKNS Diseru Pertahan Intergriti

oleh Ahmad Albab
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Warga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diingatkan agar mempertahankan integriti untuk terus maju dan kekal berdaya saing dalam abad ke-21 ini.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia penting bagi memastikan PKNS yang ditubuhkan sejak 1 Ogos 1964 kekal relevan dalam usahanya membina komuniti dan mensejahterakan rakyat.

“PKNS harus memastikan ia mempunyai strategi unggul dan daya saing mampan untuk memacu pertumbuhan ekonomi di Selangor,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2016 PKNS di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Noraida Mohd Yusof.

Pada majlis itu, Mohamed Azmin menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 79 penerima, Anugerah Perkhidmatan Lama (27 penerima) dan sijil penghargaan kepada 27 pesara.

Penerima APC membawa pulang sijil penghargaan serta cek RM1,000 setiap seorang, manakala penerima Anugerah Perkhidmatan Lama menerima pingat, sijil simpanan premium dan sijil penghargaan.

Sementara itu, Noraida ketika berucap berkata, PKNS sentiasa komited dalam mengiktiraf budaya kerja cemerlang, komitmen dan jasa warga kerja PKNS menerusi pelbagai anugerah dan ganjaran. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin AliPKNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran PN berkuat kuasa serta-merta sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri...

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd