• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Hilang Ketika Berburu Ditemui Lemah

oleh AK-47
27/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JULAU (Sarawak) – Seorang warga emas yang hilang sejak Jumaat lalu selepas masuk ke hutan untuk berburu di Jikang di sini, dijumpai kira-kira 11.45 pagi ini.

Tan Rarong, 69, yang ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat dalam keadaan lemah, dikatakan telah menjadikan katak dan pucuk daun ‘sabung’ iaitu sejenis daun pokok hutan yang sering dijadikan sayur oleh masyarakat Iban, untuk terus hidup.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin ketika dihubungi, berkata mangsa hanya dapat dibawa keluar dari hutan itu kira-kira 3.35 petang dan kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Julau untuk menerima rawatan.

Katanya usaha mencari dan menyelamat sukar kerana tiada petunjuk dan tiada siapa yang tahu lokasi terakhir mangsa.

Tiga belas anggota Bomba dan Penyelamat Bintangor, 13 penduduk kampung, lima anggota polis dan tiga anggota unit K9 menyertai operasi mencari dan menyelamat tersebut.

Pada 11.30 pagi Jumaat lalu, Tan yang berasal dari Rumah Berenai, Km 25.8 Jalan Kelupu-Julau-Durin, memberitahu isterinya Ngala Chendai, 67, yang dia hendak ke kebun lada mereka yang terletak 10 minit perjalanan dari rumah panjang mereka sebelum berburu di hutan berdekatan.

Ngala yang risau apabila suaminya belum pulang sedangkan hari sudah malam, keluar mencari suaminya bersama seorang jiran di kebun lada mereka.

Bagaimanapun, kelibat suaminya tidak kelihatan meskipun hari semakin gelap sekitar 7 petang.

Selepas empat jam berada di kebun itu, Ngala mengambil keputusan untuk melaporkan kehilangan suaminya. – BERNAMA

Tags: HILANGwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd