• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas 100 Tahun Gembira Dapat Kad MyPR

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Meskipun hasratnya untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara Malaysia (MyKad) belum tercapai, namun Tan Kim Cheng tetap gembira dengan kad Permastautin Tetap (MyPR) yang diberikan kepadanya hari ini.

Wanita yang kini berumur 100 tahun itu menerima MyPR daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohd. Yazid Ramli di rumahnya di Taman Pertama, Aulong di sini.

Warga emas yang berasal dari Guangzhou, China itu dilahirkan pada 10 Mac 1917 sebelum berhijrah ke negara ini bersama suaminya pada 1940. Mereka mempunyai 10 orang anak.

Seorang daripada anaknya, Bay Hai Chan, 64, ketika ditemui berkata ibunya telah tiga kali mengemukakan permohonan untuk mendapat MyKad, tetapi tidak berjaya dan hanya diberikan Mykad sementara.

“Saya gembira dapat kad MyPR ini dan terima kasih kepada JPN,” katanya sambil menambah rahsia ibunya kekal sihat adalah dengan mengamalkan makan bubur dan minum air suam.

Sementara itu, Mohd. Yazid berkata pihaknya sedang memproses permohonan warga emas itu untuk mendapatkan MyKad sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk kelulusan.

“Kita tidak mempunyai masalah asalkan permohonan beliau lengkap untuk pertimbangan kerana kerajaan yang akan meluluskan permohonan itu.

“Syarat untuk warga yang lahir di luar mendapatkan kad pemastautin tetap negara ini hendaklah boleh berbahasa Malaysia, berkelakuan baik dan mempunyai dokumen lengkap seperti yang disyaratkan dalam Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita. – BERNAMA

Tags: warga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sekolah Seni Kuala Lumpur Dijadual Siap Oktober

Next Post

Toleransi Kaum Kekalkan Keutuhan Negara

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

22/05/2025
0

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, di...

Next Post

Toleransi Kaum Kekalkan Keutuhan Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd