• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanda Group, Malaysia Bincang Pembangunan

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Konglomerat multinasional China, Wanda Group dan kerajaan Malaysia hari ini berbincang mengenai kemungkinan perbadanan itu menjadi pemaju induk projek mega Bandar Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu pemilik Wanda Groups dan hartawan terkemuka China, Wang Jianlin, yang menunjukkan minat dan keinginan mendalam untuk menyertai pembangunan Bandar Malaysia.

Wanda Group atau Dalian Wanda juga merupakan pemaju hartanah swasta terbesar dunia dan konglomerat hiburan.

Najib percaya Wanda Group mampu mewujudkan Bandar Malaysia dan bersedia untuk membincangkan kemungkinan (membangunkan Bandar Malaysia) dengan konglomerat itu.

“Kami tidak membincangkan butiran terperinci atau perjanjian,” kata Perdana Menteri semasa sidang akhbar bersama selepas pertemuan itu.

Najib, yang sedang dalam rangka lawatan selama lima hari ke China bermula Jumaat juga berkata minat mendalam yang ditunjukkan Wanda Group itu mencerminkan keyakinan negara tersebut terhadap masa depan ekonomi Malaysia.

Beliau yang yakin perbincangan dengan Wanda Group akan membuahkan hasil berkata: “Kita mempunyai peluang untuk mewujudkan suatu yang istimewa. Bagi kerajaan, kami mahu ini menjadi satu pembangunan ikonik, ia perlu menjadi suatu yang istimewa “dengan konsep hijau, penampilan budaya dan kandungan hiburan”.

“Kami percaya Wanda Group berupaya untuk melaksanakan suatu yang luar biasa,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Bercakap pada sidang akhbar yang sama, Wang memaklumkan perbincangan mengenai Bandar Malaysia dengan Najib.

“Hari ini, saya juga berbincang dengan Perdana Menteri mengenai projek ini. Ia adalah satu projek yang besar bernilai lebih US$10 bilion dan kami belum lagi memuktamadkan perjanjian.

“Kami optimistik dengan iklim pelaburan dan komersial Malaysia.

“Kami sanggup dan bersedia untuk menyumbang bahagian kami kepada pembangunan ekonomi Malaysia dan mewujudkan satu-satunya pusat komersial unit di Malaysia,” katanya.

TRX City Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan perjanjian penjualan saham dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, melibatkan penjualan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, telah luput disebabkan oleh kegagalan pihak-pihak pembelian memenuhi obligasi pembayaran.

Bandar Malaysia, yang akan dibangunkan di bawah model perkongsian awam-swasta, merupakan projek pembangunan perbandaran dengan anggaran nilai pembangunan kasar terkumpul kira-kira RM150 bilion.

Projek jangka panjang itu dijangka siap dalam tempoh 30 tahun. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd