• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vin Diesel Puji Ramadan, Mahu Cuba Puasa

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTOR aksi lasak Hollywood Vin Diesel meluahkan rasa takjubnya terhadap bulan Ramadan serta memuji bulan penuh berkat ini di dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik di Internet.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook The Australian Muslim itu, Vin Diesel berkata konsep bulan Ramadan begitu menakjubkan dan “mungkin bermanfaat dalam kehidupan sesiapa saja kerana dapat melalui pengalaman dan disiplin seumpama itu sepanjang bulan.”

Dia turut menambah bahawa berpuasa mungkin satu pengalaman yang berupaya mengembalikan ketenangan diri sesesiapa yang mengamalkannya.

Yang menariknya, video itu turut menampilkan rakannya yang beragama Islam dan berpuasa.

Malah, pelakon utama francais filem Fast & Furious itu sempat berseloroh bahawa beliau mungkin tertarik untuk turut sama berpuasa.

Video tersebut telah mencetuskan tular di alam maya dengan lebih 120,000 perkongsian di Facebook dan ditonton lebih 4.9 juta kali sejak ianya mula dimuat naik Selasa lalu.

Rata-rata netizen memberikan respon positif terhadap kenyataan Vin Diesel itu dan tidak kurang pula mendoakan agar dia menerima hidayah untuk memeluk agama Islam satu hari nanti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: puasaramadanVin Diesel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd